Projek Komuniti Berimpak Tinggi : The Health Carnival 1.0 2023 dengan tema “Your mind will mind your heart” anjuran Pusat Pengajian Kejururawatan FSK Uitm UCS secara kerjasama: Kolej Universiti Lincoln, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)

Pusat Pengajian Kejururawatan, UiTM Puncak Alam akan mengadakan Karnival kesihatan dan projek ini di namakan The Health Carnival 1.0 2023 bertemakan “Your mind will mind your heart”. Projek komuniti berimpak tinggi ini mempunyai empat kumpulan sasaran iaitu ahli keluarga yang menjaga pesakit kardiovaskular, tenaga pengajar di sekolah, pelajar universiti dan warga emas. Tujuan projek dijalankan adalah untuk memberi pendedahan berkenaan kepentingan penjagaan kesihatan mental yang mana boleh memberi risiko kepada penyakit jantung, seterusnya projek ini dapat menyumbangkan ilmu tentang pengurusan pesakit di dalam keadaan kritikal iaitu “Basic Life Support”(BLS). Komponen yang diterapkan di dalam projek ini adalah saling berkaitan dan menjadi keperluan bagi kumpulan sasaran untuk mempraktiskan ilmu yang akan disampaikan. Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh / Hari : 7 September 2023 (Khamis)
Masa : 9 pagi hingga 3 petang
Tempat : Kolej Universiti Lincoln, Petaling Jaya, Selangor