Projek Keusahawanan MASMED dan KOSISWA UiTM Cawangan Pahang: KOSISWA Smart Station

Seramai tiga orang ahli KOSISWA, saudara Muhammad Fadhil Zulhilmi Bin Alfian dari Fakulti Sains Gunaan Diploma Sains AS120 (Bahagian 3), saudara Faris Ikmal Bin Azlin dari Fakulti Sains Gunaan ,Diploma Sains AS120 (Bahagian 5) dan saudari Norazimah Binti Muhammad Rizuan dari Fakulti Perakaunan Diploma Perakaunan AC110 (Bahagian 5) telah berjaya dianugerahkn Geran MASMED yang berjumlah RM700 sumbangan MASMED bagi menyuntik dana untuk projek keusahawanan dikalangan mahasiswa/wi UiTM Cawangan Pahang dibawah kelolaan KOSISWA, KOSISWA Smart Station.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan, Menjalankan Tugas Rektor, YBhg. Ts. Dr. Mohd Syahrul Hisyam Mohd Sani (Koordinator Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU), YBhg. Dr. Nor Hidayatun Abdul Razak (Koordinator Keusahawanan MASMED) dan YBhg. Puan Suhanom Mohd Zaki (Penyelaras KOSISWA) yang sudi meluangkan masa untuk majlis penyerahan Geran MASMED ini.

Untuk makluman, saudara Fadhil, saudara Faris dan saudari Azimah selaku mentee telah memulakan perniagaan mereka di KOSISWA Smart Station di gelanggang sukan berhampiran kolej Tun Teja pada 3 November 2021 yang lalu. Mereka dibantu oleh Dr Nor. Hidayatun Abdul Razak, Puan Suhanom Mohd Zaki dan Cik Norhidayah Md Yusof selaku mentor bagi projek keusahawanan ini. Diharapkan dengan adanya projek keusahawanan ini, ianya dapat memupuk minat akan keusahawanan sekaligus menjadikan mahasiswa/wi UiTM Cawangan Pahang cemerlang bukan sahaja dalam bidang pelajaran malahan dalam bidang keusahawanan.