Program We Hear Your Voice, Anjuran Nursing Students Association, Fakulti Sains Kesihatan Sesi 2021/2022

Pada 16 JUN 2022, Nursing Students Association (NUSA), Fakulti Sains Kesihatan sesi 2021/2022 telah mengadakan program We Hear Your Voice. Program ini telah dilaksanakan pada hari Khamis bersamaan 16 JUN 2022 melalui platform Webex. Program We Hear Your Voice merupakan program baharu yang telah dibuat untuk semua pelajar kejururawatan menyuarakan masalah yang dihadapi sepanjang menjalani bidang kejururawatan di UiTM Puncak Alam. Ia juga sebagai satu perkhidmatan untuk memberi sokongan sosial kepada pelajar yang mempunyai masalah yang tak dapat diselesaikan.

Program We Hear Your Voice ini telah disertai oleh 89 orang peserta. Buletin ini dirasmikan oleh Dr Siti Khuzaimah Binti Ahmad Sharoni, selaku Ketua Pusat Pengajian Kejururawatan, dan turut dihadiri oleh Puan Norazlina Binti Md Jazli dan Puan Norlaila Binti Abu Samah, selaku Penasihat Nursing Student Association Sesi 2021/2022, Puan Suriani Binti Shukri, selaku Penyelia Clinical Instructor, saudara Muhammad Syazwan Bin Arbangi dan saudari Nursyamila Binti Mohd Noordin, selaku Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Sains Kesihatan Sesi 2021/2022 dan juga Majlis Tertinggi NUSA.

Program We Hear Your Voice ini telah bermula pada waktu petang iaitu pada pukul 2.30 dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Walaupun terdapat masalah teknikal di awal program, tetapi program berjalan dengan lancar sehingga pengakhirannya. Program dilakukan secara sesi soal jawab dan dibahagikan kepada 2 slot. Slot pertama iaitu sesi soal jawab soalan yang telah dikemukan dalam google form yang telah disebarkan pada 11 JUN 2022. Slot kedua pula ialah sesi soal jawab secara live di mana para peserta telah menanyakan beberapa soalan di dalam chatbox. Semua soalan telah dijawab dan dijelaskan oleh Dr Siti dengan jayanya serta turut dibantu oleh para pensyarah dan clinical instructor.

Terbukti persatuan NUSA perlu meneruskan program We Hear Your Voice sebagai aktiviti tahunan supaya para pelajar kejururawatan dapat meluahkan masalah yang dihadapi serta diselesaikan dengan cara efektif dan melalui medium yang betul.