Program Diploma kejururawatan UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam telah menganjurkan program visiting Universitas Muhammadiyah Malang (UMM) and inbound students pada 29 April -24 May 2024. Seramai 31 pensyarah dan 9 orang pelajar mengikuti program ini, di mana 4 orang pelajar dari program farmasi, 3 orang pelajar dari program physioterapi dan 2 orang pelajar dari program kejururawatan. Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti dalam Memorandum of Agreement (MoA) dan Memorandum of Understanding (MoU) antara Rektor UMM Prof. Dr. Fauzan, MPd, dengan Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang Prof. Ir. Dr. H. Ahmad Rashidy Bin Razali. MoA dan MoU tersebut telah ditandatangani pada bulan Januari 2023 yang di ketuai oleh Dr. Rusnani Ab Latif. Program ini dirasmikan oleh Encik Amer Heberd Abduallah, selaku penolong rektor, kampus Bertam dan ucapan kata aluan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Wan Ismahanisa Ismail selaku ketua pusat pengajian, Fakulti Sains Kesihatan. Turut hadir bersama dalam delegasi ini ialah PM. Dr. Yoyok selaku Dekan FKM UMM, Dr Hernie selaku timbalan dekan I,Dr.Rachmand selaku timbalan dekan II dan Dr. Syifa selaku timbalan dekan III.
Tujuan program ini adalah untuk menjalinkan dan mengukuhkan hubungan kerjasama di antara UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam dan Universitas Muhammadiyah Malang melalui MoU yang ditandatangani. Ia juga merupakan kerjasama antara institusi pendidikan di rantau Asia ini mampu mewujudkan satu jalinan persefahaman yang erat dan mengukuhkan hubungan akademik serantau. Impak daripda program ini adalah untuk mencapai PI084 perancangan strategik UiTM 2022 (bilangan aktiviti pengantarabangsaan hasil daripada memorandum persefahaman bagi tahun semasa MyRA (aktiviti pengantarabangsaan hasil daripada memorandum persefahaman). Ianya juga untuk membawa nama Universiti Teknologi MARA agar lebih dikenali di peringkat global apabila mencapai tahun 2025 (‘Strategic Plan UiTM GRU2025’) PI023 (Bilangan kolaborasi dengan agensi, industry, NGOs, IPT (tempatan dan antabangsa). Di samping itu, lawatan sekitar kampus yang melibatkan lawatan makmal kejururawatan, makmal physioterapi dan makmal farmasi juga di lakukan untuk bersama-sama berkongsi pendangan kearah penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran.