Program Antarabangsa Komuniti Rumah Anak Yatim UiTM UMM

Pada 30 April 2024 bersamaan hari selasa,  Program Diploma Kejururawatan UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam telah menganjurkan satu program lawatan ke rumah anak yatim Az Zahra di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah. Ianya merupakan satu aktiviti international projek komuniti bersama UiTM dan University Muhamadiyah Malang(UMM), Indonesia. Program ini dihadiri oleh 5 orang pensyarah daripada UiTM, 31 pensyarah daripada UMM, 7 klinikal instructor dan 9 mahasiswa daripada UMM dan 4 daripada UiTM. Program ini diketuai oleh Dr. Rusnani Ab Latif, selaku penyelaras program kejururawatan. Ianya di rasmikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Wan Ismahanisa Ismail selaku ketua pusat pengajian, Fakulti Sains Kesihatan. Turut hadir bersama dalam program ini ialah PM. Dr. Yoyok selaku Dekan FKM UMM, Dr Hernie selaku timbalan dekan I,Dr.Rachmand selaku timbalan dekan II dan Dr. Syifa selaku timbalan dekan III.

Pertubuhan rumah anak yatim Az Zahra memberikan perlindungan dan pendidikan anak yatim secara percuma yang beralamat no 33, Persiaran BLM 4, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah. Pengasas rumah anak yatim iaitu, Puan Zaharah amat mengalukan kedatangan warga UiTM dan UMM untuk memeriahkan lagi rumah anak yatim disini. Tujuan program adalah untuk memberikan bantuan, pendidikan serta khidmat masyarakat  kepada anak-anak yatim. Ia juga dalah bertujuan untuk memberi ruang kepada mahasiswa untuk menimba pengalaman dan memupuk kasih sayang bersama anak-anak yatim di samping memberi kesedaran kepada mereka. Hal ini juga dapat membantu mahasiswa untuk mempelajari sesuatu yang baru apabila didedahkan dengan persekitaran luar. Para mahasiswa juga dapat mematangkan pemikiran mereka dalam menghadapi pelbagai situasi yang akan memberi cabaran dari segi mental dan fizikal dalam menangani pelbagai masalah. Didalam program ini beberapa aktiviti dijalankan bersama-sama anak yatim seperti program pendidikan kesihatan dan minda secara berkumpulan, aktiviti menyambut harijadi Bersama anak yatim dan aktiviti memasak burger bersama dijalankan. Pada akhir sesi program acara bergambar bersama dan acara penyampaian hadiah dan sumbangan keperluan barangan dapur disampaikan oleh UiTM dan wang sumbangan daripada UMM sebagai tanda kenangan.