15 JANUARI 2024 – Program “VIRTUAL INDUSTRY TRAINING EXHIBITION 2024 (VITrEX 2024)” telah diadakan pada 15 Januari 2024. Program ini dilaksanakan setiap semester dan ia bertujuan untuk menyediakan satu platform bagi pelajar Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Melaka, Kampus Jasin untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi sepanjang menjalani Latihan industri. Selain itu, ia juga dapat memperkembangkan skop pembelajaran yang diperoleh oleh pelajar semasa menjalani latihan industri melalui sesi perkongsian bersama industri.
Program ini melibatkan seramai 381 orang pelajar yang terdiri dari pelbagai program seperti Diploma Pengurusan Ladang dan Teknologi (AT110), Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi dan Pengurusan Perladangan (AT220), Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Agronomi (AT222), Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Agribisnes (AT223) and Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi Tumbuhan (AT226) bagi kod kursus FPA 310, FPA 670, FPA 420 dan FPA 570.
Proses penilaian dilakukan melibatkan lebih dari 40 orang panel dalaman dan dari industry yang terdiri dari pensyarah FPA UiTM Melaka, Kampus Jasin, serta panel penilai dari pelbagai industri dan agensi luar. Pelbagai komen dan cadangan penambahbaikan juga diberikan oleh panel penilai dalaman UiTM dan panel luar, bagi memperbaiki kelemahan dan pengetahuan pelajar. Pelaksanaan Program ini diharapkan dapat mengasah bakat mahasiswa Fakulti Perladangan dan Agroteknologi dalam berkomunikasi dan menyampaikan maklumat dan seterusnya,melahirkan mahasiswa yang mempunyai daya saing dan holistik yang tinggi.