Program Syarahan Profesor – Profesor Ts. Dr. Shafinar Ismail

MELAKA, 28 Ogos 2023 – Telah berlangsung Majlis Syarahan Profesor: Profesor Ts. Dr. Shafinar Ismail yang diadakan di Auditorium Ibu Zain, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

Profesor Ts. Dr. Shafinar Ismail diperkenalkan kepada tetamu syarahan profesor oleh Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan, Profesor Dr. Firdaus Abdullah. Profesor Ts. Dr. Shafinar Ismail kemudiannya menyampaikan syarahan beliau bertajuk “Financing Model for Women Entrepreneurs: Business Sustainability” dalam usaha untuk memperkasakan usahawan wanita yang turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang mampan, inklusif, serta mewujudkan impak positif kepada individu, keluarga dan masyarakat.

Turut hadir Ahli Keluarga serta pelajar-pelajar Pascasiswazah di bawah seliaan Profesor Ts. Dr. Shafinar Ismail, Datuk Sabariah Hj Mahat, Rektor UiTMCM ke-9, barisan Pengurusan Eksekutif UiTMCM, Jemputan Akademik IPTA/IPTS dalam dan luar negara, wakil Agensi-agensi Kerajaan dan Industri, dan jemputan warga UiTM Cawangan Melaka.

Program diakhiri dengan sesi lawatan pameran profesor di ruang legar Auditorium Ibu Zain.

#uitmdihatiku
#kitauitmmelaka
#malaysiaMADANI
#sinergibersama
#sinergitrust
#uitmcmseptember2023