Seramai 25 orang ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) yang merupakan sebuah persatuan yang terdiri daripada pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) dan Fakulti Filem, Teater & Animasi (FiTA), Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana telah berjaya menganjurkan sebuah program secara atas talian bertajuk Sembang Sukan. Program yang telah dianjurkan ini adalah bertujuan untuk menerapkan amalan budaya sukan sekaligus mewujudkan sifat kecederungan melalui minat dan juga bakat mahasiswa dan mahasiswi dalam aktiviti sukan pada musim Covid-19 ini. Program ini telah berlangsung selama 1 jam dengan menggunakan platform Instagram pada tanggal 21 Disember 2020. Idea disebalik program ini adalah untuk membantu mengekalkan serta meningkatkan kemahiran dan juga kecemerlangan mahasiswa dan mahasiswi dalam bidang sukan serta memberikan impak yang positif walaupun dilanda musim Covid-19. Inspirasi penganjuran program ini telah disuntik daripada isu semasa yang terjadi pada masa kini iaitu melalui satu wabak penularan Covid-19 yang telah menjejaskan segala pergerakan aktiviti sukan dikalangan mahasiswa dan mahasiwi mahupun para atlet-atlet Negara.
Seorang tetamu istimewa telah dijemput hadir ke program ini iaitu saudari Siti Safiyah untuk bersama-sama bagi menjayakan program Sembang Sukan ini berlangsung. Beliau merupakan seorang atlet TenPin Bowling Negara. Siaran langsung program ini telah ditonton sebanyak 449 penonton yang terdiri daripada orang awam, pensyarah dan para pelajar. Antara topic yang dibincangkan semasa program ini berlangsung ialah pengalaman dan matlamat atlet sepanjang berada dalam bidang sukan, tips penjagaan makanan yang perlu diambil sebagai seorang atlet, cara-cara untuk menjadi seorang atlet yang berkarisma tinggi, cara untuk mengekalkan dan memantapkan stamina sepanjang musim Covid-19, aktiviti-aktiviti sukan yang boleh dilakukan sepanjang wabak penularan Covid-19 serta sesi soal jawab penonton bersama Atlet Negara.
Menurut pengarah program, saudara Muhammad Raid Akbar Bin Rahmat serta penasihat program iaitu Puan Fazira Binti Abd Razak dan juga ahli Jawatankuasa program Sembang Sukan yakin bahawa program Sembang Sukan ini mampu memberikan impak yang positif dalam membina dan memupuk semangat kesukanan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi mahupun masyarakat agar dapat melahirkan generasi yang sihat, cergas, aktif dan berwawasan. Akhir kata, pihak penganjur amat yakin dan percaya bahawa mahasiswa dan mahasiswi serta kalangan masyarakat dapat dipupuk melalui penglibatan dan penganjuran sesebuah program seperti ini yang dapat memberi kesedaran serta meningkatkan minat dan pengetahuan dalam bidang sukan.