Program Semarak Siswa Madani Buka Peluang Kepada Mahasiswa FPHP Bertemu Masyarakat Setempat

SUNGAI BESAR,18 Julai 2023 – Program Semarak Siswa Madani yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, dengan usahasama UiTM telah berlangsung di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar pada 18 Julai 2023 yang lalu. Pensyarah dan juga mahasiswa Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) turut hadir membuka reruai untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat setempat tentang program-program yang ditawarkan di fakulti.

FPHP yang telah diwakili oleh seorang pensyarah dan 6 orang pelajar telah hadir ke program tersebut. Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan adalah unit yang telah menggerakkan pelajar dan pensyarah untuk bekerjasam dalam Program Semarak Siswa Madani ini.

Puan Wan Hayati (Pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan) selaku pensyarah pengiring berkata, peluang seperti ini perlu mahasiswa ambil bagi memberi pendedahan sebenar kepada mereka bagaimana berdepan dengan masyarakat dan pelanggan yang sebenar. Komunikasi dan hubungan yang baik menjadi kunci kepada berkembangnya hubungan di antara universiti awam dan masyarakat setempat.