Program ‘Planning Review Day’ Seri Iskandar 2023 (PRDSI2023) Meningkatkan Kreativiti dan Kerjasama Pelajar Perancangan Bandar dan Wilayah.

Program Perancangan Bandar dan Wilayah (PPBW), UiTM Perak, Kampus Seri Iskandar telah menganjurkan ‘Planning Review Day’ Seri Iskandar 2023 (PRDSI2023) pada 20 Julai 2023. PRDSI2023 ini yang berlangsung di Dewan Serbaguna UiTM Seri Iskandar Perak telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Pengajian Alam Bina & Teknologi (JABT), Prof. Madya Ts. Dr Norhafizah Abd Rahman. PRDSI2023 menyediakan platform kepada pelajar PPBW untuk mempamer dan membentangkan hasil kerja studio mereka untuk tatapan pelajar, pensyarah dan Panel Penilai industri.

Program ini mempunyai objektif untuk mendedahkan bakat dan idea pelajar dalam merancang dan merekabentuk persekitaran binaan. Selain itu, ia mendedahkan pelajar untuk berkongsi idea dan kreativiti di dalam menyediakan ruang pameran yang menarik dan meningkatkan semangat kerjasama antara pelajar bagi menghasilkan output yang terbaik. Melalui PRDSI2023 ini juga, pelajar dapat berkongsi idea dan ilmu pengetahuan berkenaan keperluan perancangan semasa bersama para pensyarah dan panel penilai industri.

Penganjuran PRDSI2023 ini melibatkan 232 pelajar Perancangan Bandar dan Wilayah, 33 orang pensyarah dan 4 orang panel penilai jemputan. Pelajar-pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar Diploma (AP111) Semester 3 hingga 6 dan pelajar Ijazah Sarjana Muda (AP221) Semester 4 hingga 8. Antara kemuncak program adalah sesi maklumbaas dari Panel industri terhadap hasil kerja yang dipamerkan serta saranan-saranan penambahbaikan bagi memantapkan lagi hasil kerja pelajar. PRDSI 2023 diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada individu dan kumpulan yang menghasilkan projek studio terbaik seperti berikut:

DIPLOMA

Semester 3 :
Hadiah Penyertaan: Studio 3A, Integrated Development Layout (Batu 7 Dungun, Terengganu)
Semester 4:
Studio 4B, Pelan Pembangunan Pusat Bandar Dungun
Tempat Pertama: Ahmad Irfan (Konsep :Inclusive City Master Plan)
Tempat Kedua: Nurathira (Konsep: Bandar Pintar Berdaya Huni)
Tempat Ketiga: Aizuddin (Konsep: Bandar Islam)

Semester 6:
Studio 6A, Transit Oriented Development (TOD) Mukim Sura ,Dungun, Terengganu.
Projek Terbaik: Konsep Smart & Resilient Modern City
Studio 6B
Tempat Pertama: Adzlan Afif, Muhammad Fairul Nizam, Raja Nur Ameera
Tempat Kedua : Nur Ain Zulaikha, Nur Adilah, Fatin Nur Amirah
Tempat Ketiga : Asfa Athira, Khairunisa, Nur Syuhaila

Studio 6D, Pelan Pembangunan Agro Pelancongan Food Valley Agrotek (Manek Urai, Kelantan)
Tempat Pertama: AgroScape FarmStay (Ketua: Muhammad Zaireel Shamzy Izham)
Tempat Kedua: Green Agrohub Valley (Ketua: Muhammad Hafizuddin Hazim)
Tempat Ketiga: Smart Farming (Ketua: Sarah Aina)

IJAZAH SARJANA MUDA

Semester 8: Studio 8A, Rancangan Kawasan Khas Dungun 2030
Cadangan Pembangunan Terbaik
Tempat Pertama: Cadangan Pengangkutan dan Lalu Lintas
Tempat Kedua : Cadangan Perumahan, Infrastruktur, Kemudahan Masyarakat
Tempat Ketiga : Cadangan Komersial & Industri

Kesimpulannya PRDSI 2023 berjaya mengetengahkan bakat dan idea pelajar dalam menghasilkan pelan perancangan seiring dengan ilmu yang telah dipelajari. Objektif program juga tercapai bilamana pelajar dapat berkongsi pandangan bersama panel pakar dari industri dan para pensyarah. Program ini juga secara tidak langsung telah mengeratkan lagi hubungan antara sesama pelajar, pelajar dan pensyarah serta hubungan dengan pihak industri.