Program Persediaan PPT UiTM Melahirkan Generasi STEM

Pada 9 Julai 2021 yang lalu, Pejabat Program Pra Pengajian Tinggi (PPT), UiTM Shah Alam dengan kerjasama National STEM Association (NSA) telah mengadakan satu webinar iaitu ‘WEBINAR PERSEDIAAN PROGRAM PRA PENDIDIKAN TINGGI (PPT) UITM BAGI MELAHIRKAN GENERASI STEM DALAM CABARAN ABAD KE 21.” Panel adalah terdiri daripada Pengarah PPT, PM Dr Aini Jaapar dan Koordinator cawangan dari Negeri Sembilan, Sabah dan Pulau Pinang yang menawarkan program Pra Diploma Sains.

Umumnya , PPT menawarkan dua program akademik utama iaitu Pra Diploma Perdagangangan dan Sains yang membabitkan di 13 buah kampus cawangan UiTM di seluruh negara. Terkini, program Pra Diploma Sains (Aliran Stem C dan Sastera) dan juga program Pra diploma Agroteknologi dan Pengajian Islam juga akan ditawarkan dalam waktu terdekat.

Semoga dengan usaha webinar STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) ini dapat menarik lebih ramai lagi pelajar ke arah melahirkan generasi muda yang berpengetahuan tinggi dan berkeupayaan hadapi cabaran teknologi baharu yang diperlukan bagi industri 4.0