UiTM Samarahan, Sarawak – Lebih dari 20 orang pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak telah menghadiri program “Hands on Pengukuran Pencapaian PLO di Peringkat Kursus dan Kumpulan serta Pelaporan CQI” yang berlangsung di Blok G, Kampus Samarahan 1 pada November lepas. Aktiviti ”Hands on” in dijalankan sebanyak 2 sesi bagi memberi peluang para pensyarah memilih masa yang sesuai untuk hadir ke program ini. Program ini dikendalikan oleh Cik Patricia Pawa Pitil dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.
Aktiviti anjuran Jawatankuasa National Outcome-based Learning (NOBle) ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan amali kepada pensyarah dalam pengukuran pencapaian Hasil Pembelajaran Program (PLO) serta penyediaan laporan Penambahbaikan Berterusan Kualiti (CQI).
Dalam sesi taklimat, penceramah telah menerangkan konsep asas Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) dan PLO serta perbezaan pengukuran pencapaiannya di peringkat kursus dan kumpulan program. Demonstrasi pelaporan CQI turut disampaikan kepada hadirin sebagai panduan penyediaan laporan berkenaan.
Sesi amali seterusnya membenarkan pensyarah menguji kefahaman menerusi aplikasi hands on pengukuran CLO dan PLO dengan menggunakan templat dan instrumen yang disediakan. Mereka diberi peluang untuk merancang tindakan penambahbaikan CQI berasaskan analisis keputusan pengukuran berdasarkan situasi yang diberikan.
Aktiviti sehari ini diharap dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran pensyarah UiTM Sarawak dalam melaksanakan pengukuran dan pelaporan akademik bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berterusan.