Program Penang Retreat: The Ethical Application and Supervisory Discussion & Clinical Supervision 2023

Pusat Pengajian Kejururawatan Fakulti Sains Kesihatan cawangan Puncak Alam dengan jayanya telah pun mengadakan Program Retreat to Penang dengan tajuk “The Ethical Application and Supervisory Discussion & Clinical Supervision 2023” pada 13 hingga 15 September 2023 di The Hompton by the Beach, Pulau Pinang. Seramai 28 orang staf kejururawatan dari Pusat Pengajian Kejururawatan UCS,  4 orang daripada cawangan Sarawak dan 9 orang daripada cawangan Bertam telah pun menghadiri program tersebut.

Program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pensyarah baru dan lama berkaitan dengan proses permohonan etika. Pendedahan tentang permohonan etik ini telah disampaikan oleh pensyarah kanan dari Pusat pengajian kejururawatan UiTM UCS di mana mereka juga adalah staf yang terlibat secara langsung di dalam pengendalian borang permohonan etik di fakulti dan juga diperingkat UiTM Shah Alam. Selain itu juga, slot-slot berkaitan pelajar yang perlu dititikberatkan oleh para pensyarah adalah seperti Peranan penyelia dan pengawas dalam projek tahun akhir pelajar dan juga cabaran, isu dan strategi dalam menangani projek tahun akhir pelajar.

Bagi slot klinikal instruktor pula, perisian berkenaan penyelian pelajar di klinikal telah diberikan oleh para klinikal instuktor dari Pusat pengajian kejururawatan UiTM UCS. Selain sesi ceramah, sesi seperti kaunseling kepada para klinikal instruktur serta perbincangan klinikal juga dijalankan bagi menperincikan inti pati perisian selama 3 hari ini.

Pada hari ketiga, rombongan dari Universiti Cawangan Selangor dan Kota Samarahan telah berkunjung ke UiTM cawangan Bertam untuk melawat makmal kemahiran dan fasiliti disana.  Sesi pengulungan akhir telah pun dijalankan oleh penceramah yang terlibat. Ketua Pusat Pengajian Kejururawatan UiTM UCS telah mencadangkan sesi lawatan ke cawangan Kota Samarahan Sarawak yang akan dijalankan pada tahun 2024 dan keputusan sebulat suara telah bersetuju dengan cadangan tersebut.

Galeri Gambar: