Program Pemindahan Ilmu (KTP) Dan Khidmat Masyarakat

 

Satu program pemindahan ilmu (Knowledge Transfer Program)(KTP) bagi subjek AGR232 (Pembiakbakaan Tumbuhan) yang bertajuk “Teroka Sains: Kaedah Pembiakan dan Penanaman Tumbuhan” serta Program Khidmat Masyarakat anjuran Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA), UiTM Pahang Kampus Jengka telah berlangsung dengan jayanya pada 1 April 2022 (Jumaat), jam 8.00 pagi – 12.00 tengahari bertempat di Taman Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat Jengka Pahang (SKBP).

Program ini telah disertai oleh 8 orang pensyarah FPA yang turut disertai oleh Ketua Pusat Pengajian FPA, Ts. Fazidah bt Rosli. Program ini turut dijayakan dengan kerjasama 15 orang pelajar FPA, seorang staf Unit Pengurusan Ladang (UPL) serta 2 orang guru PPKI, SKBP. Program ini dijalankan dengan kebenaran dan kelulusan daripada Rektor UiTM Cawangan Pahang, YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan, dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka, YBrs. Prof. Madya. Dr. Hajah Nazirah binti Ramli.

Melalui program ini, beberapa anak pokok telah di tanam bagi membangunkan ‘Edible Garden’ di kawasan taman PPKI ini. Antaranya ialah terung, bayam brazil, pudina dan cili. Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan kaedah pembiakan dan penanaman tumbuhan. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada peserta tentang kaedah penanaman yang betul untuk pembinaan ‘Edible Garden’ di taman PPKI ini.

Diharapkan agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua mahasiswa dan mahasiswi FPA serta murid-murid pra sekolah dan pra-PPKI, SKBP dan para peserta yang terlibat. Semoga program ini dapat meningkatkan minat dan ilmu para pelajar dan peserta terhadap penanaman tumbuhan.

Tajuk Asal : Program Pemindahan Ilmu (KTP) Dan Khidmat Masyarakat bersama Murid Pra Sekolbeah Dan PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) SK Bandar Pusat Jengka “Teroka Sains: Kaedah Pembiakan Dan Penanaman Tumbuhan