Program Pembentangan Akhir Projek Reka Bentuk Kejuruteraan Awam ( Civil Engineering Design Project – ECS358 ) Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang

Projek Rekebentuk Kejuruteraan Awam (Civil Engineering Design Project – ECS358) merupakan salah satu kursus semester akhir pelajar Diploma Kejuruteraan Awam. Kursus ini merangkumi kerja-kerja rekabentuk bangunan dua tingkat yang mengintegrasikan semua kursus-kursus yang telah dipelajari sepanjang tiga tahun pengajian Diploma Kejuruteraan Awam.

Melalui kursus ini, pelajar tahun akhir dikehendaki merekabentuk bangunan dua tingkat yang dilengkapi dengan pelan struktur dan perincian lukisan, seterusnya menyediakan dokumen teknikal cadangan. Proses penyediaan rekabentuk dan dokumen teknikal ini haruslah merangkumi rekabentuk secara manual dan juga bantuan perisian komputer. Bagi memenuhi keperluan silibus, di akhir peringkat penyediaan projek, pelajar haruslah membentang dokumen teknikal cadangan kepada panel penilai.

Sehubungan itu, Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang ( PKA UCPh ) telah menjemput 4 orang panel penilai dari industri dan 8 penilai dalaman untuk menilai projek akhir rekebentuk ini. Kesemua panel penilai adalah berlatar belakangkan jurutera graduan yang telah diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).

Pembentangan projek akhir ini yang dibuat pada 15 Julai 2023 boleh dianggap sebagai langkah awal untuk mendekatkan pelajar tahun akhir atau bakal graduan Diploma Kejuruteraan Awam dengan melihat keperluan dan kehendak dari pihak industri sebagai salah satu pihak berkepentingan (stakeholder) terhadap program.

Adalah diharapkan melalui program yang diatur ini akan memberi manfaat kepada bakal graduan Diploma Kejuruteraan Awam dan sekaligus dapat memberi banyak kebaikan kepada PKA UCPh.
Seramai 48 pelajar tahun akhir dari PKA UCPh yang terlibat dalam pembentangan projek reka bentuk Kejuruteraan Awam ini. Pelajar ini akan dinilai berdasarkan kepada ‘rubric – communication skill’ yang disediakan.

Antara objektif utama program ini adalah menilai tahap kompitensi pelajar tahun akhir dalam merekabentuk bangunan dua tingkat. Serta menilai dokumen teknikal cadangan yang telah disediakan melalui sesi pembentangan di samping memberi pengalaman kepada pelajar tahun akhir dalam menghadapi situasi pembentangan di hadapan jurutera professional untuk diaplikasikan di alam pekerjaan nanti. Di samping itu memberi pendedahan kepada pelajar tahun akhir terhadap keperluan dan kehendak industri melalui sesi soal jawab bersama panel penilai jemputan.

Pembuka kata bagi program ini telah disampaikan oleh Ketua Pusat Pengajian PKA UCPh, Ts. Zulhafizal bin Othman bagi mengalu-alukan kehadiran para panel penilai jemputan seterusnya merasmikan program Pembentangan Akhir Projek Reka Bentuk Kejuruteraan Awam.

Bagi memeriahkan lagi majlis perasmian program ini, PPKA juga telah menjemput Koordinator PPKA Ts. Dr. Rohaya binti Alias untuk hadir sama ke majlis perasmian program ini. Manakala ucapan dari wakil panel penilai industri telah diberikan oleh Ir. Mohammad Fadzil bin Ahmat Ruslan. Beliau telah ditugaskan untuk memberi ulasan sepanjang pembentangan dijalankan.

Panel dalaman dan AJK bagi program ini adalah :

Panel Dalaman :
1. Pn Norizah Binti Omar
2. En Mohd Risham Bin Jaafar
3. PM Ts. Dr. Mohd Syahrul Hisyam Bin Mohd Sani
4. Ts. Mohd Fakri bin Muda
5. Ts. Dr Jamilah binti Abd Rahim
6. Pn Ainamardia binti Nazarudin
7. Dr. Nurazzimah binti Zamri

Panel Luar :
1. Ir. Mohammad Fadzil bin Ahmat Ruslan – Jurutera Struktur dan Pembinaan AHM in House Management Sdn. Bhd, Temerloh
2. Cik Khairiza binti Abdul Kadir – Jurutera Cawangan Kejuruteraan & Struktur , Ibu Pejabat JKR Malaysia
3. Ir. Mohd Hanif bin Hasanuddin – Jurutera Daerah JKR Maran
4. En Akram bin Syahmi, Jurutera Struktur JKR Kuantan
AJK Program :
1. En. Mohd Mawardi bin Mohd Kamal
2. Pn. Normadiana Mohammad Hanapi
3. Dr Wan Zukri bin Wan Abdullah
4. En Muhammad Mohktar bin Samat
5. Pn Nur ‘ Ain bt Mat Yusof
6. En Abdul Muhaimin Ab Aziz
7. Pn Rafidah Rahman
8. En Mohamad Hisham Saad
9. En Md Tarmizi Hashim
10. En Safarul Mohammad

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi UiTM Pahang, barisan pensyarah dan ahli jawatankuasa yang terlibat serta semua pelajar yang telah menjayakan program ini.

Semoga usaha kecil ini berjaya mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan serta memberi manfaat kepada semua pihak. Kerjasama dan sokongan pihak universiti berkenaan hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.