MACHANG, 20 Mac – Kolej Pengajian Pengkomputeran Informatik dan Matematik (KPPIM) UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan program bertajuk ‘LET’S 3S: STRIKES, SPARE & SMILE’ pada 22 Februari 2024. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dikalangan staf KPPIM. Dengan menggabungkan elemen persaingan yang sihat beserta aspek kebersamaan, program ini menjadi platform buat staf KPPIM untuk bersatu dalam semangat persaudaraan untuk mencapai matlamat bersama. Selain itu, program ini dapat memberi peluang kepada staf untuk bersantai dan menikmati masa bersama-sama diluar persekitaran kerja, seterusnya dapat menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan emosi dan mental.
Pengarah program pada kali ini ialah Cik Noorfadzilah Arifin dan program ini telah berlangsung dengan jayanya. Semoga ilmu dan manfaat yang diperolehi dapat dijana ke arah kebaikan UiTM khususnya dan negara amnya.