Program Latihan Pegawai Kualiti UiTM (LPQ) : Modul 1 & 2

Program Latihan Pegawai Kualiti UiTM (LPQ) telah dijalankan pada 17 dan 18 Oktober 2023, merangkumi modul 1 dan 2 di InQKA. Latihan ini menandakan permulaan Siri I yang terdiri daripada keseluruhan 8 modul dan akan berlangsung selama 5 minggu. Peserta-peserta yang turut serta terdiri daripada staf pentadbiran dari Gred 41 hingga Gred 52. Seramai 30 peserta dari pelbagai unit pentadbiran di kampus Shah Alam telah menghadiri program ini. Program latihan ini merupakan hasil usaha bersama antara Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) serta InQKA dengan matlamat utama untuk mempersiapkan staf pentadbiran agar lebih memahami peranan mereka dalam pengurusan dan pemantauan program akademik di bawah bidang kuasa masing-masing.

Objektif utama program latihan ini adalah untuk melengkapkan staf pentadbiran dengan kebolehan yang diperlukan bagi menjalankan peranan Pegawai Kualiti di setiap PTJ di seluruh sistem UiTM. Pelaksanaan program latihan ini telah berjalan dengan lancar, dan maklum balas daripada peserta sangat positif. Latihan ini telah memberikan pandangan yang berharga kepada staf pentadbiran, terutamanya mereka yang berkhidmat di universiti yang komited untuk memberikan program akademik berkualiti tinggi.

#InQKAUiTM