Program Larian “Flashy Race” dan Pelancaran Skuter Beam di UCS

PUNCAK ALAM, 26 November 2023 – Jawatankuasa Perwakilan Kolej Angsana, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam berjaya menganjurkan program larian “Flashy Race” yang mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan seramai 915 orang dari kalangan pelajar dan staf UiTM Cawangan Selangor.

Program larian ini bertemakan larian santai bermula dari Padang Kawad meliputi jarak hampir 5 kilometer di dalam kawasan UiTM Puncak Alam. Perasmian dan perlepasan para peserta larian telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor. Dalam program yang sama, beliau turut berbesar hati melancarkan skuter Beam yang akan menjadi alternatif kepada mod pengangkutan pelajar di dalam kawasan kampus.

Program dilaksanakan sejajar dengan falsafah UiTM untuk melahirkan pelajar yang holistik akademik dan sahsiah diri selain menjadi prakarsa dalam menggayakan gaya hidup sihat di kalangan warga UiTM Cawangan Selangor.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa program yang telah bertungkus-lumus merangka dan menjayakan program ini. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada para peserta yang telah sama-sama memeriahkan program ini.

#UCSCemerlang
#MutiaraAngsana