Program Komuniti Antarabangsa UiTM,UNAIR, Sunshine Smiles Day: Spreading Joys To Orphans

Fakulti Sains Kesihatan Kampus Bertam telah berjaya menganjurkan program “SUNSHINE SMILES DAY: SPREADING JOYS TO ORPHANS” bersama dengan anak yatim dan asnaf bertempat di Rumah Anak Kesayangan, Pertubuhan Kebajikan Anak Kesayangan Pulau Pinang pada 7 Mei 2024. Program komuniti antarabangsa ini disertai oleh 2 orang pensyarah UiTM, 3 orang pensyarah dari Fakultas Kesehatan Masyarakat, Universitas Airlangga Indonesia (UNAIR), 5 orang juruteknologi makmal perubatan UiTM, 10 orang mahasiswa UiTM dan 17 mahasiswa dari Unair. Program ini telah diketuai oleh Dr Mohamad Halim Mohamad Shariff.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya aktiviti mewarna, sukaneka, demo dan ceramah penjagaan kesihatan, aktiviti mengecat dan memasak burger oleh para peserta. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kegembiraan dan keceriaan kepada anak-anak yatim dan asnaf disini dan disamping itu juga dapat membentuk sahsiah mahasiswa yang cemerlang.

“Program seumpama ini diadakan adalah bertujuan untuk membentuk kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa seperti mempunyai rasa empati, kerjasama dan berdaya maju. Kemahiran insaniah ini sangat penting kepada mahasiswa di dalam menghadapi cabaran diluar sana.” ujar Dr. Halim.

Program ini diakhiri dengan majlis sambutan hari lahir dan juga pemberian hadiah beg sekolah kepada semua 22 orang anak yatim dan asnaf. Diharapkan program sukarela antarabangsa seperti ini akan dapat dilaksanakan pada masa hadapan sekaligus menunjukkan komitmen UiTM dalam menjalin hubungan yang lebih erat dengan masyarakat dan memupuk semangat kepedulian sosial di kalangan pelajar dan pensyarahnya.