Program Kembara D’Bankers: Tautan Mahabbah Rumah Peryatim Sibu

Mukah: Seramai 32 pelajar dan 3 pensyarah UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah telah menyertai Program Kembara D’Bankers: Tautan Mahabbah di Rumah PERYATIM Sibu bertempat di Komplek Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang Sibu.

Program ini merupakan anjuran bersama diantara Persatuan D’Bankers UiTM Mukah, English Language Society UiTM Mukah dan Jawatankuasa Pengurusan PERYATIM Sibu yang telah berlangsung pada 8 Jun 2024 melibatkan seramai 61 orang staf dan penghuni rumah PERYATIM tersebut.

Program Kembara D’Bankers: Tautan Mahabbah Rumah PERYATIM adalah bertujuan untuk memupuk semangat cinta terhadap budaya tolong-menolong sesama masyarakat serta berganding bahu dalam menjaga kebajikan anak-anak yatim. Selain itu, program ini turut menjadi platform representasi mahasiswa universiti bersama komuniti dan menjadi medium pengukuhan nilai kepimpinan, komunikasi dan kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa dengan masyarakat setempat.

Antara pengisian program tersebut ialah sesi penghasilan sabun, latihan dalam kumpulan, aktiviti sukaneka dan sharing session pengalaman belajar di universiti. Hadir sama pada program tersebut ialah Penolong Rektor UiTM Mukah, Professor Madya Dr. Abdul Razak Abdul Kadir, Pengurus Cawangan PERYATIM Sibu, Cik Najilanisa Suhaili, Penasihat D’Bankers, Encik Azlan Yusof Punding dan Penasihat ELSUM, Cik Sitti Hawa Sheikh Mohammad.

“Program seperti ini amatlah kami galakkan untuk diadakan di komplek kami. Ianya mampu menyuntik semangat kepada anak-anak kami untuk mendorong mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka. Beliau turut menekankan akan kepentingan ilmu kepada anak-anak rumah PERYATIM. Tanpa ilmu pegetahuan, kita tidak akan mampu mengubah nasib kehidupan kita”. Ujar Pengurus Cawangan.