Projek Kebun Komuniti MBSJ telah berjaya dimanfaatkan oleh warga emas setempat di Kebun Komuniti USJ6. Projek ini telah bermula pada awal Oktober 2023 yang turut melibatkan pelajar-pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM dalam menjayakan projek ini selain penglibatkan kontraktor yang telah dipertanggungjawabkan menyiapkan projek ini dalam masa 3 bulan dengan memenuhi segala kriteria seperti yang dinyatakan di dalam Geran Komuniti MBSJ.
Projek yang diketuai oleh Sr Dr Hafiszah Ismail dari Kolej Pengajian Alam Bina ini, melibatkan 8 pensyarah warga Alam Bina dari pelbagai bidang dalam proses merancang, merekabentuk dan pembinaannya yang mencakupi elemen-elemen utama kebun komuniti iaitu, Multi-Sensory Garden, Elderly Friendly Accessible Garden, Rainwater Harvest System dan Greenhouse.
Dengan adanya program seperti ini dan ditindikkan sebagai salah satu projek pembelajaran di luar kampus juga SULAM mampu mendedahkan pelajar berkaitan pengurusan projek dari segi pengurusan bahan, tenaga kerja, kewangan dan anggaran masa yang telah diberikan dalam menyiapkan sesuatu projek itu.
Selain itu, projek ini juga menyahut seruan YBhg Datuk NC UiTM dan Kementerian Pendidikan Tinggi di mana penyelidikan dan pembelajaran dalam kelas dapat ditransilasi dalam bentuk pendedahan ilmu kepada masyarakat setempat. Semoga dengan perkongsian hasil dari projek kebun Komuniti USJ6 ini dapat dijadikan contoh juga sebagai satu platform perkongsian ilmu kepakaran dari warga institut pengajian tinggi, UiTM terutamanya dalam usaha memperkasakan komuniti dalam menuju kelestarian sesebuah bandar dalam konteks peningkatan kualiti hidup yang lebih baik dan juga kesejahteraan masyarakat komuniti setempat. Ia juga sejajar dalam mencapai elemen di dalam pelaksanaan ‘Sustainable Development Goal’ (SDG) di Malaysia.
Program ini secara fizikal telah berjaya disiapkan dan diserahkan kepada komuniti dan juga Majlis Bandaran Subang Jaya pada 21 Disember 2023. Kemudian, pada 6 Januari 2024 telah diadakan pemindahan dan perkongsian ilmu kepada komuniti kebun berkaitan elemen yang telah disiapkan di kawasan kebun. Pada masa yang sama proses segala pengumpulan data hasil dari projek ini telah berjaya dikumpul untuk tujuan tinjauan hasil projek dari warga setempat yang terlibat juga maklumbalas dari ahli-ahli komuniti untuk tujuan pembelajaran sepanjang hayat kepada pelajar dan juga memberi cadangan untuk penambahbaikan di masa akan datang.
Dengan adanya projek komuniti yang melibatkan, pihak berkuasa tempatan (PBT), penyelidik dari university, para siswazah dan juga komuniti setempat dapat bersama-sama membangunkan sesebuah komuniti itu ke arah kualiti hidup yang lebih baik dalam menjalin hubungan kerjasama tiga hala (Triple Helix) antara, pihak berkuasa, warga komuniti dan juga institusi pendidikan.