Program Ihtifal Zakat Sedekah dan Wakaf (Zawaf) Ramadan UiTM Cawangan Johor

Program Ihtifal Zakat Sedekah Dan Wakaf (Zawaf) Ramadan anjuran Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah diadakan pada 11 April 2023 yang lalu. Majlis tersebut telah di serikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Nooh bin Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Ustaz Khairul Anwar Isnin Amin Baitulmal MAINJ Daerah Segamat, Dif-dif kehormat, para penyumbang dan tetamu.

Program ini dimulakan seawal 10 pagi dengan kunjungan pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor melalui Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor Daerah Segamat, bagi sama-sama membantu warga dengan membuka kaunter bayaran fidyah, wakaf, klinik zakat dan zakat fitrah.

Sekalung penghargaan buat Badan Bukan Kerajaan MyFundAction yang menyumbangkan Kotak Rezeki kepada para pelajar bermula bulan Syaaban melalui program Ziarah Mahabbah. MyFundAction juga turut serta bersama-sama menjadi sukarelawan gotong-royong memasak bubur lambuk serta agihan baju raya kepada para pelajar. Semanis cofee seuntai penghargaan juga atas sumbangan 500 keping kupon daripada He&She Coffee untuk diedarkan kepada pelajar asnaf, mangsa banjir dari kalangan staf dan pelajar UiTM Cawangan Johor. Mudah-mudahan Allah rezekikan hikmah yang lebih baik.