Program CSR Geomass & Trash Hero 2023

14 Januari 2023: Persatuan GEOMASS, Kolej Alam Bina bersama Trash Hero UiTM Cawangan Perlis telah menjalankan aktiviti CSR di Dataran IMAB, Kuala Perlis. Turut hadir dan terlibat dalam program ini ialah Sr Ashnita Rahim, Koordinator Program Pengajian Sains Ukur dan Geomatik, Kolej Pengajian Alam Bina, Sr Mohd Khairy Kamarudin selaku Penasihat 1 GEOMASS, Puan Noorfatekah Talib (Penasihat 2 GEOMASS), para pensyarah dan 120 lebih orang para pelajar melibatkan peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

Dengan tema program “Kebersihan Pemangkin Kelestarian Alam”, acara pada sesi pagi dimulakan dengan taklimat program oleh Pengarah Program serta perasmian oleh Koordinator Program. Objektif program ini ingin memupuk budaya cintakan alam semulajadi oleh para peserta di pesisir pantai Kuala Perlis yang merupakan tempat tarikan pengunjung di kawasan tersebut. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan hadiah sekiranya berjaya mengumpul seberapa berat (kg) sampah.

Acara yang berlangsung hampir dua jam ini telah berjaya mengumpulkan sampah sarap seperti botol, plastik makanan, bekas air polistrin, penyedup air minuman, cebisan kertas surat khabar dan sebagainya. Pada akhir acara, pihak penganjur telah berjaya memberikan hadiah kepada Kumpulan 9 yang mendapat tempat ketiga dengan jumlah berat sampah sebanyak 61.9 kg. Bagi tempat kedua dan tempat pertama telah dimenangi oleh Kumpulan 4 dan Kumpulan 8 dengan jumlah kutipan sampah masing-masing sebanyak 82.3 kg dan 87.9 kg. Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Koordinator Program iaitu Cik Ashnita Rahim.

Bagi pihak Ketua Pengajian mengucapkan sekalung tahniah kepada Pengarah Program, para pelajar semester 3, Diploma Sains Geomatik (AP120) bersama Persatuan GEOMASS yang telah berjaya menjalankan tugasan bersama program dengan kerjasama pihak Trash Hero Perlis yang diketuai oleh Puan Rosnani Nazri, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Perlis. Semoga program CSR ini dapatlah diteruskan pada masa hadapan.