Program Cerapan Hilal Zulhijjah 1444H dan Forum Safar Ilmu

KUALA PERLIS, 18 Jun 2023 – Kolej Pengajian Alam Bina telah menerima jemputan ke Program Cerapan Rukyah Hilal Zulhijjah 1444H/2023H dan Forum Safar Ilmu1444H/2023M di Menara pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Yang Berusaha Sr Dr Rohayu Haron Narashid (Ketua Pusat Pengajian), wakil pensyarah dan para pelajar semester 2 Diploma Sains Geomatik (AP120) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik (AP220), Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis turut hadir bersama-sama menjayakan program ini pada petang tadi.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke Program ini bersama-sama Menteri Besar dan Pegawai Kanan Kerajaan Perlis ke Menara Pandang, Masjid Hussain, Kuala Perlis. Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM), Negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Kerajaan Negeri Perlis.

Setelah pengesahan Rukyah Hilal 1444H, baginda berkenan untuk berangkat menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama para pemimpin negeri serta orang ramai di Masjid Terapung Al Hussain Kuala Perlis. Acara diteruskan dengan Gimik Pelancaran Buku Terbaharu yang bertajuk Memahami Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan manhaj Salaf yang ditulis oleh Prof Dr Basri Bin Ibrahim. Kemudian, sesi acara diteruskan dengan Forum Safar Ilmu.

Program Forum Safar Ilmu1444H/2023M selesai disudahi dengan solat isyak secara berjemaah. Pihak Kolej Pengajian Alam Bina mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak berkenaan yang menjemput pihak Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis dalam Program Cerapan Rukyah Hilal Zulhijjah 1444H/2023H dan Forum Safar Ilmu.

Kita Berjumpa Lagi!!