Program Angkasa Cilik 2023

Sabtu, 2 Disember 2023 – Program Angkasa Cilik 2023 telah berjaya diadakan pada pagi tadi di Podium, UiTM Cawangan Perlis. Program ini merupakan anjuran Kolej Pengajian Alam Bina, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perlis bersama UiTM-MTC HEMREL. Program ini bertujuan memberikan pendedahan asas dan menarik minat bidang astronomi kepada pelajar sekolah rendah.

 

Seramai 70 orang kanak-kanak telah menyertai program ini. Hadir sama dalam program ini ialah Sr Dr Rohayu Haron Narashid (Ketua Pusat Pengajian), Sr Ashnita Rahim (Koordinator Program), Puan Suhaila Hashim (Pengarah Program) dan Ahli Jawatankuasa Induk Program Angkasa Cilik 2023. Program terdiri dua modul, iaitu Modul Jam Matahari dan Modul Pengenalan Sistem Suria yang disampaikan oleh Sr Hajah Sharifah Norasyikin Bohari selaku penceramah dan dibantu oleh fasilitator pelajar semester 5, Diploma Sains Ukur dan Geomatik (AP120) seramai 10 orang.

Sepanjang hampir 5 jam program berlangsung, penceramah mengajar cara membuat jam matahari, pendedahan sistem suria dan aktiviti mengenali planet-planet dengan menggunakan model bahan yang disediakan oleh penganjur.

Bagi pihak Kolej Pengajian Alam Bina mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah menjayakan program ini. Semoga program ini dapat memupuk para peserta mencintai dan berminat tentang ilmu angkasa dan astronomi selain berharap program dapat diteruskan pada masa depan dan terus memberi manfaat kepada semua.