ALOR GAJAH, 05 Januari 2023 – Telah berlangsung Program Accounting & Career Development and Opportunities in Post Covid Era anjuran Members of Bachelor’s Accountancy Club dari Fakulti Perakaunan UiTMCM. Program ini telah melibatkan para pelajar dari semester satu dan tujuh, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian).
Pengisian utama program ini adalah bertujuan memberi pendedahan tentang penyediaan ‘resume’ di era digital, cabaran serta peluang dalam bidang perakaunan pada masa kini dan penekanan tentang penampilan & perwatakkan diri. Perkongsian telah disampaikan oleh Puan Afidah Sapari, Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan UiTMCM dan Encik Akmal Aizat Azmi merupakan alumni Fakulti Perakaunan, UiTMCM.
Program telah dirasmikan oleh YBrs Prof Madya Dr Hamidah Hj Bani, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan, UiTMCM. Selain menitik berat aspek akademik, Fakulti Perakaunan UiTMCM juga amat komited dalam merangka serta merealisasikan program pembentukkan modal insan sekali gus memberi nilai tambah dalam kalangan para pelajar.