Program 4P@Ptar: Gabungan Khas Daripada 4 Jabatan

UiTM Kampus Tapah- Berbekalkan semangat kerjasama dan perpaduan erat antara jabatan, Alhamdulillah ‘ala kulli hal, program 4P@PTAR berjaya dilangsungkan dengan jayanya bermula 14 Jun (atas talian) sehingga 15 Jun 2023 bertempat di pentas Library Community Engagement, PTAR UiTM Tapah.

Buat julung kalinya, program anjuran PTAR dan Jabatan Undang-Undang UiTM Tapah berjaya menggabungkan 4 jabatan berbeza yang terdiri daripada Polis, Penjara, Peguam dan Pensyarah. Bertujuan untuk memberikan maklumat yang tepat dan ilmu yang bermanfaat, program ini juga berjaya menguatkan jalinan mesra dan hubungan kerjasama diantara jabatan dan agensi yang terlibat.

Hampir 500 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan staf UiTM Kampus Tapah telah bersama sama hadir bagi memeriahkan program 4P@PTAR menerusi 4 slot yang diadakan, seperti ceramah “Jenayah Berat” oleh PDRM, ceramah “Pengenalan Jabatan Penjara Malaysia” dan demostrasi sebatan oleh Jabatan Penjara, webinar bertajuk “Kesalahan seksyen 23 Akta SPRM 2009”, dan simulasi perbicaraan tatatertib dan tindakan disiplin pelajar oleh para pensyarah JUU. Terima kasih atas sambutan yang cukup menggalakkan daripada semua hadirin.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Penolong Rektor UiTM Kampus Tapah, Dr Ahmad Zoolhelmi Alias atas kesudian merasmikan dan memeriahkan program 4P@PTAR. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada para panel penceramah, iaitu Puan Nurul Shaheera bt Mad Husin daripada IPD Tapah, Tuan Mohd Asri bin Ngah Baharudin daripada Jabatan Penjara Tapah, dan Puan Shahidah Muslimah bt Roslan daripada Tetuan Hidayah Muslimah & Co, kerana sudi meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kepada semua hadirin.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Puan Nur Aida bt Rousli Pustakawan Kanan UiTM Tapah, selaku Pengarah Program dan Dr Farihana bt Abdul Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Undang-Undang selaku Timbalan Program, serta kesemua ajk dan komiti yang terlibat dalam menjayakan program 4P@PTAR.

Akhir kalam, diharapkan program sebegini mampu memberikan impak yang positif dalam diri setiap hadirin. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi dengan imput yang lebih menarik lagi pada masa akan datang.

Terima kasih semua!