Profesor Dr. Azizah Abdullah Dilantik Sebagai Bendahari Malaysian Higher Education Institutions Quality Assurance Network (MyQAN) Sesi 2022-2024

Tahniah Profesor Dr. Azizah Abdullah, Penolong Naib Canselor Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) atas pelantikan sebagai Bendahari Malaysian Higher Education Institutions Quality Assurance Network (MyQAN) sesi 2022-2024 daripada seluruh warga Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA).

MyQAN ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2015. MyQAN bertujuan memupuk sistem dan budaya jaminan kualiti yang mampan dan matang dalam kalangan institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Selain itu, MyQAN juga berhasrat menjadi platform utama untuk membincangkan isu-isu kualiti dan berkongsi amalan baik dalam kalangan IPT. Ini termasuk Seminar on Internal-External Quality Assurance (SieQA), seminar yang dianjurkan setiap tahun bagi membincangkan dan berkongsi amalan QA yang baik dalam kalangan ahli dan bukan ahli.