PPV Mega UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Raub akan beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega bermula Isnin 5 Julai 2021.

Penolong Rektor UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub, YBrs. Dr. Jazimin Zakaria, mewakili YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan yang Menjalankan Tugas Rektor UiTM Cawangan Pahang mengucapkan selamat datang kepada kesemua penerima vaksin di Daerah Raub. Beliau juga mengharapkan agar semua hadirin yang menerima vaksin di UiTM Kampus Raub supaya mematuhi segala peraturan dan SOP yang telah ditetapkan. Hal ini bertujuan untuk memastikan proses pemberian vaksin tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar.

Semoga dengan proses vaksinisasi ini akan dapat memutuskan rantaian penularan Covid-19 dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat.