PPIM UiTM Pahang Juara Keseluruhan Pusat Pengajian Terbaik APBEST 2022

29 September 2022 – Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media (PPIM) UiTM Cawangan Pahang telah membolot anugerah utama pada Majlis Anugerah Persada Bestari (APBEST) 2022, anjuran Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), UiTM Cawangan Pahang.

Kolej Pengajian PPIM yang dahulunya dikenali sebagai Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) UiTM Pahang telah memperolehi anugerah utama iaitu Pusat Pengajian Terbaik Keseluruhan (EMAS) serta anugerah sampingan bagi kategori Penyelidikan, Penerbitan, Perundingan dan Inovasi. Penilaian dilaksanakan oleh panel dalaman yang pakar di dalam pelbagai bidang melalui penghasilan dokumen permohonan yang telah ditetapkan oleh Bahagian PJI, UiTM Pahang.

Bagi hadiah utama, PPIM UiTM Pahang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500 sebagai inisiatif kepada warga PPIM UiTM Pahang di dalam meneruskan objektif dan hala tuju Kolej Pengajian yang menetapkan ciri Reconnect, Revive, Excellence yang dihasilkan selari dengan objektif Global Reknown University (GRU) 2025. Justeru, pada tahun 2023 , pelbagai perancangan untuk mengekalkan dan memantapkan halatuju Kolej PPIM UiTM Pahang di dalam pelbagai aspek bersesuaian dengan keupayaan dan sasaran KPI 2023 akan diteruskan.

Syabas PPIM UiTM Cawangan Pahang.