Konstabel/PB Mohd Azmi Mansor dari UiTM Cawangan Pulau Pinang, dipilih sebagai pelatih terbaik Kursus Asas Keselamatan (KAK) Siri 3/2022 yang berlangsung pada 25-30 Oktober 2022 lalu di ILD UiTM Bandar Enstek.
KAK anjuran bersama Ibupejabat Polis Bantuan UiTM dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kompetensi (PPK) ILD UiTM. Kursus tersebut merupakan latihan asas kepada semua anggota Polis Bantuan UiTM di awal perkhidmatan yang memberikan pendedahan ilmu kepolisan, Nilai UiTM, Kompetensi Fungsian, kawad dan latihan luar yang berkaitan dengan tugas seorang anggota polis bantuan.
Azmi selain bertugas sebagai seorang anggota polis bantuan juga berbakat sebagai seorang pengacara majlis. Prof Madya Ir. Dr. Ahmad Rashidy Razali, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang ketika dimaklumkan berita gembira tersebut, melahirkan rasa bangga dengan pencapaian Azmi dan menyifatkan ia satu ketampakan positif kepada imej UiTM Cawangan Pulau Pinang.