9 April 2021- Persatuan Pelajar Fisioterapi (PHYTAS), UiTM Cawangan Kampus Puncak Alam telah mengadakan program team building yang kerap kali diadakan, di mana program ini merupakan sebuah program yang dilaksanankan untuk mengeratkan ukhuwah antara semua ahli jawatankuasa Phytas yang terdiri daripada majlis tertinggi dan barisan exco. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan skil komunikasi sesama ahli persatuan disamping dapat meningkatkan tahap kepercayaan dan kerjasama antara ahli persatuan. Seramai 28 ahli jawatankuasa Phytas yang terdiri daripada 8 orang majlis tertinggi dan 22 orang exco telah menyertai program ini. Program ini telah diketuai oleh saudari Nur Shafiqah Binti Khairnaim sebagai Pengarah Program.
Program ini dijalankan selama 2 jam setengah bermula daripada jam 2.30 hingga 5.00 petang, dimulai dengan pembukaan majlis oleh saudari Nur Shafiqah Binti Khairnaim diikuti dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Fa’iz Danial Bin Muzaffar Shah. Pengisisan Program Team Building ini terdiri daripada beberapa sesi. Sesi pertama adalah sesi pengenalan diri secara ringkas oleh semua ahli jawatankusa Phytas. Semua peserta diminta menyebutkan nama penuh, nama panggilan, asal usul dan jawatan agar peserta yang lain dapat lebih mengenali antara satu sama lain. Setelah selesai sesi pengenalan diri, program diteruskan dengan permainan ‘kahoot’. Pelbagai soalan yang menarik disediakan berkenaan dengan ahli jawatankuasa Phytas bagi menguji daya ingatan semua peserta termasuk dalam mengingati wajah dan nama setiap ahli. Sesi seterusnya diteruskan dengan permainan kedua iaitu ‘werewolf’ yang dijalankan di telegram. Permainan tersebut berlangsung selama 1 jam. Sesi terakhir merupakan permainan ‘guess the gibberish’ iaitu ajk program akan menunjukkan beberapa perkataan dan peserta perlu meneka jawapan yang betul. Semua peserta mengambil bahagian dengan aktif dalam setiap permainan yang disediakan.
Program berakhir pada jam 5.00 petang dengan sesi fotografi bersama semua peserta. Program ini merupakan satu program yang penting bagi setiap persatuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli jawatankuasa persatuan disamping dapat memberi peluang kepada semua peserta untuk mengenali ahli jawatankuasa lain dengan lebih mendalam. Dapat disimpulkan daripada program ini bahawa semua ahli jawatankuasa yang mengambil bahagian dapat menjadi lebih akrab dan dapat mengurangkan kejanggalan antara satu sama lain. Semoga program ini dapat memberikan kesan jangka panjang seperti dapat menghasilkan sesebuah organisasi persatuan yang lebih bersatu padu dan mempunyai hubungan yang utuh antara majlis tertinggi dan ahli jawatankuasa.