Webinar Modul Intervensi Projek KIK – Blue Ocean Strategy Anjuran InQKA

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menganjurkan Webinar Modul Intervensi Projek KIK – Blue Ocean Strategy (BOS) pada 24 Mac 2021 melalui platform Zoom. Fasilitator jemputan bagi agenda ini adalah Ts Dr Mohd Idzwan Mohd Salleh dari UiTM Shah Alam dan Ts Moohamed Syazwan Osman dari UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Tujuan webinar ini adalah untuk memberi pencerahan mengenai teori dan kaedah Blue Ocean Strategy kepada 56 orang peserta yang terdiri daripada kumpulan KIK UiTM. Fasilitator-fasilitator membentangkan maklumat secara santai bagi memudahkan para peserta memahami isi kandungan pembentangan tersebut.

Blue Ocean Strategy adalah sebuah buku karangan Prof Chan Kim and Renée Mauborgne yang berkisar tentang teori dalam strategi perniagaan. Namun begitu, kaedah-kaedah yang diperkenalkan oleh BOS sesuai diimplementasikan untuk mengendalikan projek KIK.

Dengan menyertai webinar ini, para peserta diharapkan mampu menyediakan dokumen KIK yang lebih berkualiti pada masa akan datang untuk pertandingan konvensyen KIK di peringkat UiTM mahu pun di peringkat Universiti Awam.