PUNCAK ALAM, 15 Ogos 2023 – Pusat Pengajian Teknologi Makmal Perubatan di bawah Fakulti Sains Kesihatan UiTM Selangor telah berjaya menganjurkan sebuah program berkaitan dengan proses dan teknik pengambilan sampel darah iaitu Phlebotomy Workshop. Berikutan sambutan yang menggalakkan pada tahun ini, bengkel ini telah dijalankan sebanyak dua siri iaitu pada 16-17 Jun 2023 dan 1-2 Ogos 2023. Secara keseluruhan, program ini telah melibatkan seramai 96 orang peserta yang terdiri dari pelajar Sarjana Muda Teknologi Makmal Perubatan Kampus Puncak Alam, pelajar IPT luar dan juga staf yang sedang berkhidmat di makmal hospital awam dan swasta.
Program yang dijalankan di Bilik Seminar Aras 8, Fakulti Sains Kesihatan ini adalah bertujuan untuk memberi pengenalan berkaitan teori dan praktikal phlebotomi. Melalui program ini, peserta didedahkan kepada setiap peralatan yang digunakan bagi prosedur phlebotomi dan teknik phlebotomi yang betul semasa persampelan darah. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan ketampakan kursus Sarjana Muda Teknologi Makmal Perubjustify;”>Dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian Teknologi Makmal Perubatan, Dr Wan Shahriman Yushdie Wan Yusoff, program dua hari ini telah merangkumi pengisian yang padat bagi mencapai objektif disasarkan. Pada hari pertama, sesi kuliah di mana peserta mempelajari asas kepada phlebotomi, proses dan teknik phlebotomi, dan aspek keselamatan phlebotomi telah dijalankan. Seterusnya pada hari kedua, program ini lebih berfokus kepada sesi penilaian teori dan sesi praktikal di mana peserta akan melakukan prosedur phlebotomi di antara mereka di bawah pemerhatian pensyarah dan staf dari Pusat Pengajian Teknologi Makmal Perubatan. Puan Azlin Sham Rambely, selaku pengarah program, bersama beberapa orang lagi staf dari pusat pengajian telah bertindak sebagai penceramah dan fasilitator sepanjang program ini berlangsung.
Program ini telah mendapat maklum balas yang positif dari peserta di mana mereka berpendapat bahawa ianya bermanfaat bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam proses pengambilan sampel darah yang berkualiti, di samping memberi nilai tambah dan peluang yang lagi tinggi kepada graduan Teknologi Makmal Perubatan untuk mendapat pekerjaan yang dipohon dalam bidang ini kelak.