PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan Anjur Pertandingan Sukan Rakyat 2022

PEWANI UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) melalui Jawatankuasa Biro Sukan dan Rekreasi dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTMCNS telah mengadakan siri jelajah Pertandingan Sukan Rakyat PEWANI UiTMCNS 2022 mengikut kampus pada 12 sehingga 14 September 2022 yang lalu, bermula dengan Kampus Kuala Pilah, diikuti oleh Kampus Seremban dan Kampus Rembau. Sebanyak empat jenis permainan tradisional telah dipertandingkan iaitu batu seremban, congkak, dam haji dan ceper. Pertandingan ini telah disertai oleh staf-staf wanita UiTMCNS yang juga merupakan ahli-ahli PEWANI dan bukan ahli.

Objektif program ini diadakan adalah untuk membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli PEWANI. Di samping itu juga, program ini dapat merapatkan ukhuwah antara ahli-ahli PEWANI melalui aktiviti sukan dan riadah serta memupuk semangat kesukanan ahli-ahli PEWANI.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah serta cabutan bertuah telah diadakan seusai pertandingan berakhir. Bagi Kampus Kuala Pilah, majlis telah disempurnakan oleh Pn. Siti Hajar Md Jani (Naib Pengerusi II PEWANI UiTMCNS), di Kampus Seremban oleh Pn. Jamilah Othman (Timbalan Pengerusi PEWANI UiTMCNS) sementara di Kampus Rembau oleh Dr. Faridah Pardi (Biro Kebajikan dan Lawatan Sosial PEWANI UiTMCNS). Johan bagi setiap permainan telah membawa pulang wang tunai RM 35 serta sijil, sementara naib johan membawa pulang wang tunai RM 20 berserta sijil, dan tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM 15 berserta sijil. Berikut adalah senarai nama pemenang (johan) bagi setiap kategori permainan mengikut kampus.

Kampus Kuala Pilah
Johan permainan congkak : Pn. Hasnah Ahmad (Bahagian HEP- Unit Kolej )
Johan permainan batu seremban : Pn Shahira Haslinda Mohd Sharif (Bahagian HEA)
Johan permainan dam haji : Cik Nor Fadhlin Bt Jaafar (Jabatan Fizik & Sains Bahan)
Johan permainan ceper : Pn Siti Aishah Bt Mohamad Sharon (Pejabat Polis Bantuan)

Kampus Seremban
Johan permainan congkak : Pn. Nazirah Bt Hassim (Pejabat Penolong Rektor)
Johan permainan batu seremban : Pn.Rosida Bt Mat Derus (PTAR)
Johan permainan dam haji : Pn. Nik Mahfuzah Nik Mat (Akademi Pengajian Bahasa)
Johan permainan ceper : Pn. Nik Mahfuzah Nik Mat (Akademi Pengajian Bahasa)

Kampus Rembau
Johan permainan congkak :Pn. Norazliya Abd Aziz (Unit Kesihatan)
Johan permainan batu seremban : Pn. Nur Hazalieza Bt Abd Kadir (Bahagian Pentadbiran)
Johan permainan dam haji : Dr.Ezza Ruzaina Bt Kamarudin (Unit Kesihatan)
Johan permainan ceper : Cik Siti Mahanum Bt Si Harun (Pejabat Polis Bantuan)