SOLO, 4 September 2023 – Pada 25 Ogos 2023 hingga 27 Ogos 2023, delegasi dari Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak telah melakukan kunjungan rasmi ke Universitas Sebelas Maret (UNS) Solo, Indonesia. Objektif program kali ini adalah untuk menandatangani MOU MOA, sesi perbincangan pembangunan silibus, dan menjalankan seminar dalam bidang kreatif.
Delegasi yang terlibat dari pihak Universiti Teknologi MARA adalah Profesor Dr. Mohamad Hariri Hj Abdullah (Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri, Komuniti, dan Alumni, UiTM), Prof Madya Dr Nur Hisham Ibrahim (Rektor UiTM Cawangan Perak), Prof Madya Dr Muhamad Abdul Aziz Ab Gani (Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat, & Alumni, UiTM Perak), Prof Madya Dr Norhayati Baharun (Timbalan Rektor HEA, UiTM Perak), Dr Mohd Khairulnizam Ramlie, Dr Ishak Ramli, Dr Daljet Sigh, Dr Aznan Omar, dan Asharaf Abdul Rahaman.
Majlis menandatangani MOU dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Profesor Dr. Mohamad Hariri Hj Abdullah dan Prof Madya Dr Nur Hisham Ibrahim. Seterusnya ucapan oleh pihak UNS oleh Prof. Dr. Rahmanu Widayat (Dekan, Fakulti Seni Rupa Desain, Universitas Sebelas Maret, Indonesia). Dalam sesi perbincangan yang dijalankan, perancangan dan stratergi aktiviti akan datang lebih menjurus kepada penganjuran program bersama antara UiTM dan UNS, dari aspek akademik dan membantu komuniti setempat.
Pada sesi petang, seminar kreatif telah dijalankan bersama pelajar-pelajar UNS. Di jemput sebagai penceramah utama adalah Profesor Dr. Mohamad Hariri Hj Abdullah dan Prof Madya Dr Nur Hisham Ibrahim. Banyak ilmu serta pengalaman khususnya dalam bidang kreatif dikongsi dalam program yang berlangsung selama 2 jam ini.
Dalam lawatan selama 3 hari di Solo ini, pihak delegasi UiTM juga telah berpeluang menghadiri acara pameran seni ArtJog di Yogjakart dan Muzium Lokananta untuk melihat sendiri hasil seni yang dipamerkan dan kaedah pemeran secara interaktif dan berinovasi.
Dengan menandatangani MOU antara UITM dan UNS ini, diharapkan pelbagai aktiviti dan program dapat dijalankan pada masa akan datang dan mengeratkan lagi hubungan antara Malaysia dan Indonesia secara umum. Selain itu, pelbagai aktiviti yang berimpak tinggi terutama kepada komuniti dapat dijalankan dengan lebih baik.