Persatuan Pensyarah, PEWANI UiTM Cawangan Perak Sampaikan Sumbangan kepada Rumah AnakYatim

PARIT – Suasana hujan lebat di pagi ke 21 Ramadhan /23 April 2022 di Seri Iskandar tidak menghalang barisan sukarelawan kelab pensyarah, Persatuan Wanita UiTM Cawangan Perak (PEWANI) serta sekumpulan sukarelawan mahasiswa untuk menyediakan sedikit bingkisan sumbangan untuk Rumah Anak Yatim Bait Al-Amin di Parit, Perak dan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin, Changkat Cermin.

Sumbangan disampaikan sendiri oleh YBhg Prof Rektor UiTM Cawangan Perak , Profesor Sr Dr Md  Yusof Hamid, diiringi oleh Pengerusi PEWANI dan Presiden Kelab Pensyarah. Semoga usaha kecil ini diberkati dan diredhai oleh Allah SWT.