Pusat Pengajian Sains Ukur dan Geomatik, FSPU iaitu GLS617 (Pengurusan Sumber Marin) bagi mahasiswa semester 05 untuk kod pengajian AP220 di PPSUG Shah Alam, Selangor dan juga PPSUG Arau, Perlis telah mengadakan perkongsian ilmu pengurusan marin dalam talian merentasi kepakaran UiTM dan agensi luar. Persekitaran marin adalah kawasan yang dinamik dan terdedah kepada perubahan pada setiap masa. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada perubahan ini dari faktor semulajadi dan juga faktor antropologi. Faktor semulajadi seperti tindakan ombak , pasang surut paras laut, pergerakkan arus dan juga tindakan angin. Manakala faktor antropologi adalah tindakan manusia seperti aktiviti ekonomi dan sosial seperti aktiviti pembangunan, perlancongan, pertanian. Kesan daripada faktor-faktor ini menyebabkan kepada perubahan persekitaran pantai dan marin seperti hakisan pantai, perubahan flora-fauna .
Dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian atau dikenali sebagai Online Distance Learning (ODL) perancangan mengadakan webinar telah diputuskan. Kerjasama penganjuran antara PPSUG Shah Alam dan PPSUG Arau Perlis diputuskan yang melibatkan lima (5) siri webinar berbeza meliputi lima (5) topik yang terpilih. Objektif penganjuran adalah terbahagi kepada dua untuk 1) memberi pengalaman para pelajar menguruskan program berbentuk perkongsian ilmu bersama pakar-pakar di dalam kajian marin dan, 2) mendapatkan ilmu terkini berdasarkan kajian-kajian berbeza dari pelbagai pakar dalam bidang marin persekitaran daripada universiti tempatan dan agensi berkaitan.
Terdapat lima orang penceramah jemputan dari tiga buah universiti/agensi berkenaan iaitu Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pusat Penyelidikan Hidraulik Malaysia. Kesemua panel jemputan ini diberikan topik yang berbeza untuk durasi selama satu hingga dua jam meliputi sesi ceramah dan sesi soal jawap menggunakan platform Webex Cisco. Topik penceramah dan tarikh berkenaan adalah seperti berikut:
- Webinar 1: Coastal Zone Management oleh Dr Effi Helmy Ariffin dari UMT pada 26 October 2020
- Webinar 2: Coastal erosion study and geospatial application in the coastal area oleh Prof. Madya Sr Dr Khairul Nizam Abdul Maulud pada 06 November 2020
- Webinar 3: Mangrove oleh Dr A. Aldrie Amir pada 20 November 2020
- Webinar 4: Coral reef mapping using drone oleh En Idham Khalil pada 04 Disember 2020
- Webinar 5: Sea leve Rise oleh Pn Anizawati Binti Ahmad 15 Januari 2020
Webinar ini terbuka kepada semua mahasiswa dari ketiga-tiga universiti terlibat iaitu UiTM, UMT, UKM dan penyelidik dari agensi-agensi luar seperti NAHRIM dan sebagainya. Jumlah penyertaan adalah sangat baik di antara 200 peserta hingga 400 orang pada setiap sesi. Pada setiap webinar ramai yang mengemukan soalan-soalan kepada panel dan membuka kepada ruang kepada kerjasama yang lebih baik dan kesemua peserta diberikan sijil kehadiran iaitu e-certificate. Pengumpulan video turut dilakukan dan dimuatkan secara dalam talian iaitu di pautan:
https://www.youtube.com/channel/UCfXGANINRQX0fqH1nFpVO9g/videos
Platform ini terbukti memberi satu pengetahuan dan ilmu kehadapan yang baru berdasarkan kajian-kajian terkini yang dijalankan oleh panel-panel jemputan tersebut. Selain itu ianya membuka idea kepada perkongsian penyelidikan baru di antara para penceramah jemputan dan pelajar dan pensyarah di UiTM terutamanyanya dari PPSUG/FSPU.