Kolaborasi pelajar pelbagai bidang meningkatkan prestasi Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur

Setinggi-tinggi tahniah kepada para pelajar Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) kerana telah dinobatkan tempat ketiga bagi ‘Retirement Oriented Development (ROD) Design Competition’ anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM).

‘Retirement Oriented Development (ROD) Design Competition’ merupakan suatu inisiatif Universiti Putra Malaysia untuk memberi pendedahan kepada para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tentang kepentingan amalan pembangunan alam bina yang menitikberatkan keperluan serta kehendak golongan pesara dan warga emas. Para peserta yang merupakan wakil dikalangan pelajar IPT dari serata negara telah dijemput untuk menyertai pertandingan ini.

Para pelajar yang telah mendapat tempat ketiga bagi ‘Retirement Oriented Development (ROD) Design Competition’ terdiri daripada gabungan pelajar-pelajar FSPU dari Pusat Pengajian Senibina Landskap, Pusat Pengajian Perancangan Bandar dan Wilayah, dan Pusat Pengajian Ukur Bahan. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah Muhammad Faris bin Mohamad Fadhil, Mohamad Izmier Iskandar bin Azmin, Fatihah Nur Aisya binti Azmel, Nurul Rif’ah binti Abd Rauf dan Umizatul Khairra binti Zul Edman.

Kolaborasi ini dilihat sebagai suatu perkembangan positif di dalam proses pembangunan pelajar dan fakulti yang secara langsung memupuk budaya perkongsian idea, kerjasama dan komunikasi dikalangan pelajar. Diharapkan agar kejayaan ini mampu menjadi inspirasi kepada para pelajar lain untuk berkerjasama tanpa mengira latarbelakang dan sempadan bidang / jurusan di masa hadapan.