SHAH ALAM – Dalam menyahut seruan kerajaan untuk kekal berada di tempat tinggal masing-masing sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini, ianya bukan satu penghalang bagi anak-anak kolej perindu untuk kekal aktif dengan aktiviti-aktiviti kolej. Oleh itu, jawatankuasa perwakilan kolej perindu UiTM Shah Alam telah mengambil inisiantif baru dengan menghasilkan pelbagai aktiviti dalam talian dan tidak memerlukan para pelajar untuk keluar dari tempat tinggal masing-masing. Antara program yang telah dilaksanakan ialah Perindu Bersama Youtuber. Youtuber yang terpilih baru-baru ini sangat menarik perhatian pelajar kolej perindu dan juga netizen, iaitu Isaac Osman. Siapa tidak kenal dengan Isaac Osman ini yang terkenal dengan video-video perkongsian pandangan terhadapan pelbagai jenis makanan dan minum.
Akiviti ini menggunakan medium Live Instagram antara akaun Instagram Isaac sendiri dan Instagram rasmi kolej perindu. Sembang Bersama Isaac Osman ini berlangsung pada 18 April 2020 iaitu pada Sabtu lepas tepat jam 9 malam. Moderator yang bertuah bagi mengendalikan Live pada malam tersebut ialah Saudara Nukman dari Unit Keusahawanan Majlis Bertindak Kolej Perindu. Saudara Nukman telah telah membawakan konsep sembang secara santai bersama youtuber jemputan.
Video Live Instagram yang dipertontonkan seramai 2628 penonton itu telah meninggalkan impak yang besar kepada penonton pada malam tersebut. Lebih kurang satu jam sembang secara langsung ini berlangsung, terdapat pelbagai soalan dan pengalaman yang diperkongsikan dari Isaac sendiri. Sudah jelas segala persoalan yang bermain diminda netizen terungkai dalam sembang tersebut.
Antara soalan-soalan yang dipertanyakan ialah cabaran yang dilalui pada awal permulaan mencuburi bidang Youtuber, cara Isaac kekal sihat dalam menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman, cara Isaac kekal dikenali ramai dan banyak lagi. Pastinya, para pelajar kolej perindu dan netizen tidak rugi meluangkan masa menonton sembang secara langsung ini.Aktiviti ini merupakan aktiviti bermerit bagi pelajar kolej perindu. Ianya bagi melayakan pelajar kolej perindu terus kekal berada di kolej untuk semester akan datang dengan menyertai aktiviti kolej.
Dalam menjalani perintah kawalan pergerakan, aktiviti sembang secara santai ini mampu menghilangkan bosan para pelajar kolej perindu dan juga netizen di luar sana disamping menambah serba sedikit ilmu pengetahuan dalam bidang youtuber. Jutaan terima kasih kepada Isaac Osman selaku tetamu kami pada malam tersebut kerana sudi meluangkan masa berkongsi ilmu dan pengalamanya menjadi seorang youtuber terkenal kepada khalayak ramai. Diharapkan agar aktiviti berfaedah sebigini diperbanyakkan lagi bagi mengisi masa lapang kita bersama.