Perasmian Pameran Mural & Pelancaran Buku di Geleri Al Biruni, UiTM Cawangan Perak

Seri Iskandar, 18 Januari 2024 – Program Seni Halus, Kolej Pengajian Seni Kreatif dan Geleri Al Biruni, UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar,  telah menganjurkan Majlis Perasmian dan Pameran Muralism dan Pelancaran buku: Seni Mural Eksplorasi Makna. Pameran yang bertempat di Gelari Al Biruni ini telah berlangsung dari 15 Januari hingga 5 Fabruari 2024 yang lalu. Pameran ini telah dirasmikan oleh Timbalan Raktor Hal Ehwal Akademik (TRHEA), Prof. Madya TS. Dr. Norhayati Baharun, AMP. Turut hadir meraikan perasmian ini adalah En. Muhamad Razif Ramli, AMP., PMP, Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah, En. Megat Ameruddin Megat Danian, Pegawai Perhubungan Awam, Majlis Daerah Teluk Intan, En. Risyaidie Rafqie Zuraidi, Majils Perbandaran Manjung, En. Arham Azmi, Kurator Balai Seni Negara, En. Muhammad Hanif Baharul Wafi, Penolong Pengurus PORT (People of Remarkable Talents) dan tetamu yang lain. Didalam ucapan perasmian PM. Ts. Dr. Norhayati Baharun menyatakan bahawa, “Pameran ini semestinya memberi manafaat sebagai satu wardah budaya yang menyatukan para akademia dan kerajaan tempatan dalam menghargai nilai budaya dan sejarah setempat. Juga mewujudkan ‘visibilaiti’ atau keternampakan UiTM dan KPSK sebagai pengerak inelaktual dalam perkembangan sosio budaya negeri Perak”

Pameran ini merupakan kronologi himpunan gambar dari hasil fotografi yang telah dirakamkan sepanjang proses penghasilan mural oleh para pensyarah, alumni dan pelajar UiTM Cawangan Perak. Mural yang kini bertempat dibeberapa lokasi seperti di Bandar Batu Gajah, Bandar Teluk Intan, Pekan Bagan Datuk dan Pekan Pusing ini merupakan hasil dari perolehan geran penyelidikan yang telah diterima oleh pensyarah Program Seni Halus bermula dari 2019 hingga 2023. Anugerah geran Geran Penyelidikan dan Tanggung Jawab Sosial Korperat Universiti antar UiTM dan pihak berkuasa tempatan  dan swasta yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azian Tahir dan Dr. Syed Alwi Syed Abu Bakar ini juga dikenali sebagai #teamdrazian dan #teamdrsyed.

Matlamat pameran ini adalah bagi memberi gambaran sebenar sepanjang proses mengendalikan projek yang berasaskan seni mural. Ia dimulakan dengan koleksi gambar dari peringkat awal perbincangan yang telah dijalankan bersama pihak penaja, dimana ia membincangkan dari segi lokasi, saiz mural, kos perbelanjaan, cadangan tema serta keperluan-keperluan lainnya. Peringkat seterusnya adalah proses penghasilan mural dimana persiapan serta penghasilan mural dibuat dirakam secara berperingkat sehingga siap. Turut dipamerkan juga adalah peralatan asas yang digunakan oleh pemural sepanjang program dijalankan. Selain dari itu sebuah buku bertajuk, ‘Seni Mural, Explorasi Makna, Daerah Batu Gajah, Teluk Intan dan Bagan Datuk’ turut dilancarkan. Projek buku yang diketuai oleh En. Muhammad Sallehuddin Zakaria. Buku ini merupakan kesinambungan dari rujukan mural-mural yang telah dijayakan, dimana kandungan buku ini mengupas setiap mural yang tersenarai dengan lebih lengkap dan jelas.

Oleh itu melalui program ini diharap agar serba sedikit dapat memberi gambaran secara dekat bagaimana peroses menghasilkan mural dijalankan. Serta diharap agar kerjasama bersama pihak-pihak yang terlibat akan berterusan selain dari meningkatkan silatulrahim antara pihak UiTM, kerajaan tempatan dan pihak penaja.