Penyerahan Sumbangan Tablet kepada Pelajar B40 UiTM Cawangan Sabah

KOTA KINABALU, 6 JANUARI 2022 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sabah telah menerima sebanyak 20 buah tablet sumbangan daripada syarikat telefon pintar terkemuka Lenovo dan Huawai pada akhir bulan disember 2021 yang lalu.

Seramai 4 orang pelajar dari Putatan, Kepayan, Papar, Membakut dan 11 orang pelajar yang kini berada di dalam kolej kediaman telah menerima sumbangan tersebut dengan jayanya. Penghantaran tablet oleh staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar bagi pelajar yang berada di luar kampus telah dibahagi kepada 2 kumpulan dan bertolak dari kampus seawal jam 8.00 pagi.

Manakala penyerahan bagi pelajar yang berada di kolej kediaman pula telah disempurnakan oleh Datuk Profesor Madya Dr. Hj. Abdul Kadir Hj. Rosline, Rektor UiTM Cawangan Sabah bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Menara Wibawa pada sebelah petang hari yang sama diiringi oleh Datin Dr. Rafidah @ Malissa binti Datuk Hj. Salleh, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Diharapkan dengan sumbangan yang diterima ini dapat membantu para pelajar untuk lebih fokus kepada pembelajaran secara ODL ini.