Penyelidik dari Fakulti Perladangan dan Agroteknologi merangkul Anugerah Cemerlang di MTE SEGT IIA 2023

Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) terus mempamerkan kecemerlangan dalam inovasi dan penyelidikan berjaya merangkul 1 pingat emas, 1 Outstanding Award, dan 2 Special Award di Malaysia Technology Expo – MTE 2023 Sustainable Energy and Green Technology International Innovation Awards (SEGT IIA) 2023.

MTE SEGT IIA 2023 telah diadakan secara dalam talian pada 19 hingga 21 Disember 2023. Pameran pertandingan ini merupakan pameran reka cipta dan inovasi berprestij antarabangsa yang turut menyediakan platform serta pasaran bagi inovasi terkini di peringkat global dalam memperkukuh bidang teknologi hijau serta memainkan peranan penting dalam memajukan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) secara global.

 

Pingat yang diraih merupakan hasil dari komitmen dan dedikasi yang tinggi oleh barisan penyelidik dalam membangunkan inovasi terbaik iaitu ‘Impersonation Fraud Detector for Online Learning System” yang diketuai oleh Ts. Dr. Siti Fairuz Nurr binti Sadikan dari Jabatan Kejuruteraan Teknologi Pertanian and Biologi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Jasin. Produk inovasi ini telah berjaya meraih pelbagai anugerah iaitu 1 pingat emas, 1 oustanding award bagi kategori “Green Materials, Design, Products and Manufacturing Processes”, 2 Special Award dari International Alliance of Innovation and Invention Associations (IAIA) dan Ministry of Science, technology and Innovation (MOSTI).