PENILAIAN AKHIR SUBJEK COMMUNICATION THROUGH DRAMA

SHAH ALAM, 25 Julai 2023 – Broadway Production, Netflop Entertainment dan Enchantia Production merupakan kumpulan-kumpulan produksi pelajar LG2403C yang dikendalikan oleh Dr. Ahnis Othman telah menjayakan program Penilaian Akhir Subjek “Communication Through Drama” pada 24 Julai 2023. Program ini diadakan di Auditorium Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Shah Alam, bermula jam 10 pagi hingga 12 tengahari.

Para pelajar APB dan pensyarah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kep.) Bahasa Inggeris Komunikasi Profesional LG240 hadir dan memberi sokongan terhadap drama-drama yang dipersembahkan. Antara drama yang dipersembahkan adalah Prince Charming and His Secret Wives, 3 Withered, A Comedy Story dan sebuah drama yang diadaptasi daripada gabungan tiga filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang merupakan hasil produksi pelajar LG2403C dan telah menerima maklum balas yang positif.

Program ini bertujuan untuk melengkapkan Penilaian Akhir Subjek Communication Through Drama sekaligus mengenal pasti bakat dan kebolehan pelajar Bahasa Inggeris dalam menyampaikan cerita melalui drama serta menonjolkan kemahiran lakonan mereka. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung atas komitmen yang telah diberikan dalam menjayakan program ini.