Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri (PJI), UiTM Cawangan Sarawak baru-baru ini telah menganjurkan program webinar yang bertajuk Penglibatan Usahawan Alumni UiTM Cawangan Sarawak Dalam Perusahaan Pemprosesan Makanan Halal menerusi platform Facebook Live UiTM Cawangan Sarawak pada 16 April 2021 hari Jumaat bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini adalah merupakan kolabrasi di antara Unit Tunas Mekar, Unit Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED) dan Unit Industry, Community and Alumni Network (ICAN) bersama beberapa lagi unit yang lain.
Objektif program ini diadakan adalah untuk membolehkan usahawan yang terlibat dalam industri makanan halal berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang penglibatan dalam industri ini. Sesi webinar ini diharapkan mampu membimbing usahawan muda yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Dimana industri ini masih baru dan peluang terbuka luas kepada semua usahawan baru untuk menerokai dengan kadar pemintaan yang amat luas. Ia juga sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri yang ingin menjadikan industri ini sebagai salah satu hub makanan halal di Kepulauan Borneo.
Webinar ini menampilkan dua orang panel yang merupakan pengusaha yang mempunyai pengalaman dalam industri halal iaitu Puan Normawati binti Hamden, Pengarah Urusan ZUEMA Enterprise dan Dr. Zulkefli Abdul Rahim, Pengarah Urusan Fezul Foodtech Sdn. Bhd.