KOTA KINABALU – Pada 13 Mei 2022 yang lalu, Unit Pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Sabah telah menganjurkan ‘Forum Buli: Kesan dan Akibat’ bertempat di Dewan Tun Mustapha, UiTM Cawangan Sabah.
Tujuan utama forum ini diadakan adalah bagi memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi berkenaan betapa seriusnya implikasi buli terhadap mangsa dan pembuli.
Bagi membincangkan tajuk ini, 2 orang panel telah dijemput iaitu ASP Riduan bin Abdollah daripada Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Kota Kinabalu dan Puan Nor Hayat Zakaria, Pegawai Psikologi Kanan, UiTM Cawangan Sabah.
Forum selama 1 jam 30 minit ini telah mengupas maksud buli berdasarkan tafsiran undang-undang, punca kes buli, undang-undang yang menjelaskan perihal buli dan kes yang pernah ditangani di peringkat sekolah dan IPT.
Seramai 150 orang mahasiswa dan mahasiswi UiTM Cawangan Sabah hadir ke forum ini. Turut hadir ke forum ini adalah Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Datin Dr. Rafidah @ Malissa binti Datuk Hj. Salleh, Pegawai Keselamatan, Tuan Muhammad Munawwar Assiddiq Rijal dan juga staf UiTM Cawangan Sabah.