Penyerahan Sijil Pengesahan selaku Pengurus Utama ( PU) Program Diploma Kejuruteraan Awam (CEEC110) kepada Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang telah disampaikan oleh YBhg Profesor Ts Dr Mohd Ilham Adenan , Rektor UiTM Cawangan Pahang kepada YBrs Ts Zulhafizal Othman, Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang.
Perlantikan sebagai PU CEEC110 ini bermula pada 1 Januari 2023. Majlis penyampaian surat lantikan ini juga disaksikan oleh YBrs Profesor Madya Dr Hajah Nazirah Ramli selaku Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik.
Pengurus Utama (PU) Program Diploma Kejuruteraan Awam (CEEC110) ini berfungsi sebagai kampus yang bertanggungjawab menyelaras perjalanan Program (Program delivery) yang ditawarkan di kampus-kampus lain yang melaksanakan Diploma Kejuruteraan Awam seperti UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2,UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh dan UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang.
Manakala Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka yang dilantik sebagai PU CEEC110 ini bertanggungjawab memastikan program Diploma ini dijalankan dengan sepatutnya. Laporan ini telah ditulis oleh En Mohd Risham bin Jaafar, Biro Korporat Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang.