Penerbitan Buletin USR 2022 ‘Apa Habaq Hangpa?’ sebagai Medium Berkongsi Keprihatinan Warga

Permatang Pauh, 21 November 2023 – Sejarah telah tercipta buat julung-julung kalinya, Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berjaya menerbitkan Buletin Tanggungjawab Sosial Universiti yang diber nama Apa Habaq Hangpa?. Inisiatif ini adalah usaha dibawah Unit Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (ICAN) yang diterajui oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Kay Dora Abd. Ghani sebagai Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni serta YBrs. Ts. Dr. Ikmal Fazlan Rozli@Rosli sebagai Koordinatar ICAN UiTMCPP. Usaha ini merupakan satu langkah terbaik dalam mendokumentasi program-program USR yang telah dijalankan bagi memberikan wadah baharu penerbitan kepada warga UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Menurut Timbalan Rektor, medium ini juga mampu untuk memberikan pendedahan kepada semua warga yang bukan sahaja dalam kalangan pensyarah tetapi juga memberi ruang kepada kakitangan bukan pensyarah untuk menerbitkan aktiviti USR di bawah jabatan mereka dan menggalakkan mereka dalam menulis. Tambahan lagi, bagi edisi pertama ini sebanyak 17 artikel telah diterbitkan dalam pelbagai aspek USR daripada penulis dalam kalangan ahli akademik dan bukan akademik. Selain itu, buletin ini juga bertujuan untuk berkongsi cerita kepada masyarakat mengenai keprihatinan warga UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) dalam membantu masyarakat setempat untuk meningkatkan kualiti kehidupan dalam aspek sosio-ekonomi.

Dalam salah satu artikel yang diterbitkan, Projek Agropreneur MudaFasa 2 yang dilaksanakan pada 10 September 2022, merupakan susulan bagi Projek Agropreneur Muda Fasa 1 (13 Ogos 2022) yang dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan dan Perniagaan, UiTMCPP dengan kerjasama Pusat Aktiviti KanakKanak (PAKK) Kuala Muda menunjukkan kepakaran yang ada di UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam pelbagai aspek seperti pertanian, perniagaan dan pengurusan yang mampu untuk memupuk minat masyarakat agar menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan. Projek ini dikelolakan oleh pensyarah dari Jabatan Pengurusan Perniagaan yang terdiri daripada Siti Nur Fathini Muhsain, Nor Fadzilah Zainal, Dr. Nor Hidayah Harun dan Mohd Sukor Md Yusof.

Secara kesulurhannya, seramai 41 orang penulis yang terdiri dari pelbagai latarbelakang bidang dan jawatan telah terlibat dalam penghasilan buletin ini. Hal ini juga menunjukkan, Apa Habaq Hangpa? ini mampu menjadi wadah terbaik dalam memberikan ruang yang baharu kepada warga dalam menulis selain daripada jurnal dan kertas kerja. Yang Berbahagia Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, Prof. Ir. Dr. Hj. Ahmad Rashidy Razali juga menyatakan bahawa usaha ini sebagai satu usaha yang besar dalam meletakkan UiTMCPP sebagai salah satu peneraju kepada kepakaran dalam pelbagai bidang termasuk dalam mebantu masyarakat melalui ilmu dan kemudahan yang terdapat di UiTMCPP. Besar harapan beliau agar usaha ini dapat diteruskan dalam membentuk warga yang holistik dan seimbang dalam semua aspek supaya mampu mewujudkan linkungan yang positif.

Besarlah harapan agar naskah ini menjadi satu batu loncatan dalam meningkatkan penerbitan UiTMCPP serta menggalakkan warga untuk menulis. Selain itu, ICAN juga berharap agar penerbitan buletin ini dapat dikembangkan lagi dan jumlah artikel juga bertambah lagi bagi edisi 2023. Sekalung apresiasi kepada sidang editor dalam memsatikan usaha ini dapat direlisasikan dan semoga ianya menjadi satu naskah yang bermanfaat kepada masyarakat. Untuk makluman, buletin ini boleh dimuat turun melalui laman sesawangn Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, UiTM Cawangan Pulau Pinang untuk rujukan dan bacaan.