Penanda Aras Program Cakna ‘Mental Health’ Aanjuran Unit Pengurusan Koleh dan Jawatankuasa Perwakilan Koleh (JPK) UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang, Teluk Intan

21 November 2023 – Kempen Cakna Kesihatan Mental (CAKNA) merupakan kempen yang dianjurkan oleh MeCare bersama beberapa rakan kerjasama setiap tahun sejak tahun 2018 untuk menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun.

Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Cawangan Selangor, Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan telah menyokong kempen ini dan telah berbesar hati untuk menganjurkan Program JPK Cakna ‘Mental Health’ yang merupakan satu medium dan platform kepada para JPK untuk lebih peka dan cakna dengan kesihatan mental kepada diri mahupun rakan serumah.

Selain itu, melalui program ini juga telah dijadikan wadah sebagai persediaan antara program berimpak tinggi dimana ianya akan memberikan kesan yang positif dan menambahkan lagi tahap kepekaan setiap JPK kepada keadaan pelajar di sekeliling. Unit Pengurusan Kolej juga sentiasa membantu bagi memastikan aktiviti pembangunan pelajar seimbang dengan aktiviti akademik dan insaniah bagi pembangunan insan yang bersepadu.

Program ini merupakan salah satu program penanda aras yang telah diadakan pada 18 November 2023 di UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh dengan penglibatan Unit Pengursan Kolej (UPK), Staf Residen Kolej (SRK) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dari Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan yang telah berkolabrasi bersama Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dari UiTM Kampus Permatang Pauh. Program ini telah melibatkan seramai 35 orang pelajar dari kedua-dua kampus, 3 orang Staf Residen Kolej dan 6 orang staf Unit Pengurusan Kolej.

Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua barisan UPK, SRK dan JPK dalam pengurusan kesihatan mental mahasiswa di kolej kediaman. Program ini telah dimulakan dengan taklimat bersama Puan Dewi Anis Othman, Pengurus Asrama Kanan UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh dengan memberikan taklimat ringkas berkaitan tercetusnya idea tercipta bilik Bayu Kristal, bilik ini merupakan bilik Stress Free Zone dan Mini Library. Bilik ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy bin Razali pada 19 Jun 2023. Pelbagai aktiviti dapat dilakukan oleh pelajar di bilik ini untuk menghilangkan tekanan dan merehatkan minda. Antaranya perjumpaan bersama kaunselor, aktiviti permainan balang kotak positif, Kaedah 10B, Konsep ideal untuk jangka Panjang. Di bilik ini juga pelajar diajar pelbagai teknik antaranya Teknik Pernafasan Dalaman,Teknik Pernafasan Ringkas, Teknik Grounding, Teknik S.T.O.P

Seterusnya, program diteruskan lagi dengan taklimat kedua dari Encik Mohd Zulkhairi Ibrahim, Pegawai Psikologi Kanan yang telah menerangkan langkah-langkah awal bagi mengatasi kesihatan mental pada diri pelajar pelajar. Taklimat yang diberikan sangat menarik dan telah memberi impak positif kepada semua peserta. Antara teknik yang menarik adalah Tindakan individu kepada pesakit mental melalui ‘Look, Listen dan Link’.

Aktiviti menarik seterusnya adalah yang bertajuk ‘Jar Of Fear’. Pelajar telah dipecahkan kepada 3 kumpulan dan tugasan diberikan dengan menyiapkan tugasan individu dan setelah siap setiap pelajar perlu memberikan perkongsian ilmu dan pengalaman dari keputusan yag diperolehi melalui tugasan yang diberikan kepada semua ahli kumpulan.