Hari Keluarga Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM (UCPh) Cawangan Pahang 2023

4 – 5 November 2023 – Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM (UCPh) Cawangan Pahang telah menganjurkan sambutan Hari Keluarga yang diadakan di Timur Bay Seafront Resident Kuantan, Pahang. Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, warga UCPh bersama-sama keluarga telah hadir dengan berpakaian mengikut tema warna kumpulan masing-masing iaitu hijau, merah, biru dan ungu. Program yang telah dikelolakan oleh Dr. Wan Zukri bin Wan Abdullah telah dirasmikan oleh YBrs. Ts. Zulhafizal bin Othman, Ketua Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Jengka.

Hari Keluarga yang penuh ceria ini diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti acara sukaneka dewasa dan kanak-kanak seperti belon beracun, cari telur penyu, isi air dalam botol dan sebagainya. Acara-acara ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama staf UCPh, malahan mengeratkan hubungan antara keluarga masaing-masing.

Pada malam harinya, makan malam serta penyampaian hadiah telah diadakan dan bertemakan kain pelekat dan kain batik. Acara makan malam juga turut dimeriahkan dengan nyanyian daripada Dr. Wan Zukri bin Wan Abdullah serta Tuan Muhammad Mohktar bin Samat (S.M.P).

Terima kasih kepada semua warga UCpH yang sudi memeriahkan Hari Keluarga 2023.